Perginya Sebuah Ramadhan

By Sebuah Kisah Kita
Ia datang dan ia pergi, dan ia tidak akan kembali lagi, itulah dia Ramadhan untuk tahun 1429 hijrah. Walaubagaimanapun, ramadhan 1429 hijrah pasti tidak akan berulang dan rugilah bagi yang mensiakannya dan beruntunglah bagi yang memanfaatkannya. Dan disudut kecil hati ini tertanya-tanya, adakah masih ada lagi ramadhan untuk 1430 hijrah tahun depan. Kini genap 29 Ramadhan dan apakah masih ada lagi malam yang lebih baik daripada 1000 bulan itu? Mungkin telah terlambat tetapi masih ada lagi masa untuk di manfaatkan dengan banyak perkara. Semoga Ramadhan kali ini menjadi Ramadhan yang terbaik untuk kita dan menjadi pemangkin perubahan untuk menjadi insan yang kamil.
Sungguh indah sekali agama Islam ini, setiap hari kita bersolat 5 waktu sehari, setiap minggu ada pula solat jumaat yang jika dilihat sebagai satu platform untuk melahirkan ukhwah Islamiyah. Kemudian setiap tahun diwajibkan pula untuk umat Islam berpuasa sebagaimana dalam firmannya;



183. Wahai orang-orang Yang beriman! kamu Diwajibkan berpuasa sebagaimana Diwajibkan atas orang-orang Yang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertaqwa.

Puasa jika dilihat mempunyai banyak manfaat termasuk dalam bidang sains sendiri. Di dalamnya pula, pahala melakukan ibadat dilipatgandakan dan pahala melakukan amalan sunat sama dengan pahala melakukan amalan wajib. Ramadhan ini juga sesuailah untuk dinamakan ‘sharpen the saw’ sebagaimana yang diungkapkan oleh Stephen R. Covey dalam bukunya The 7 Habit of Highly Effective People. Setelah 11 bulan mengunyah makanan, perut juga telah menjalankan fungsinya tanpa rehat. Jika mesin juga perlukan penyelenggaraan, samalah juga dengan perut yang memerlukan rehat dan penyelenggaraannya sendiri. Justeru 1 bulan untuk penyelenggaraan adalah satu hikmah dalam sudut sains. Selain itu juga, pada bulan ini hendaklah penumpuan untuk aktiviti beribadat dilebihkan kerana amal kebaikan yang akan dilipatgandakan dan sebagai seorang muslim, kita hendaklah memanfaatkan Ramadhan ini dan menjadikan ia Ramadhan yang terbaik untuk tahun ini. Beribadat, mengharapkan keampunan dari Allah, juga mendekatkan diri kita kepadanya adalah agenda yang terpenting semasa Ramadhan.


Pada Ramadhan kali ini juga, saya ingin sekali melahirkan kekesalan dan ia berlaku hampir setiap tahun di Malaysia. Jika kita lihat pada awal Ramadhan masjid-masjid di Malaysia memang dipenuhi dengan manusia untuk bersolat terawih berjemaah. Tapi bila tiba di 10 malam yang terakhir Ramadhan yang jika diikutkan didalamnya terdapat malam yang lebih baik daripada 1000 bulan, jemaah di masjid-masjid dan di surau-surau semakin lengang dan kebanyakan mereka berada di rumah untuk persiapan menyambut hari raya yang tidak seberapa itu. Terbalik pula dengan pasarraya-pasaraya yang dipenuhi dengan manusia yang kebanyakannya bernama Muhd atau Siti dan keadaan ini sungguh menyedihkan. Apa yang terjadi kepada umat Islam di Malaysia ini? Apakah pengertian Ramadhan bagi mereka? Nescaya jika mereka tahu apa yang ada pada bulan Ramadhan, nescaya sepanjang-panjang tahun dia mahukan Ramadhan itu.

Marilah kita bersama menjadikan Ramadhan ini sebagai bulan yang penuh kemuliaan dan bulan pentarbiyahan untuk kita maju kehadapan dalam mempersiapkan diri menjadi muslim sejati yang dapat menyumbang kepada pembangunan ummah Islam.
 

Ada apa pada LAPAN?

By Sebuah Kisah Kita

Kita lihat apa yang ada pada angka 8?, sekarang ramai orang yang tertarik dengan angka 8 kerana apa?, kerana bawa ‘ong’ katanya. Apa yang lebih menarik lagi adalah pada tarikh 08/08/08. Sungguh menarik sekali tarikh ini kerana dipenuhi dengan angka 8. Apa yang terjadi pada tarkh ini ye? Untuk pengetahuan majlis pembukaan sukan Olimpik di Beijing telah berlangsung dengan gilang-gemilang pada tarikh ini. Pada pengamatan saya, Beijing berlangsung di China dan ramai diantara mereka yang berbangsa Cina percaya pada konsep ‘Feng Shui’. Mereka percaya yang angka 8 membawa tuah kepada mereka, justeru mereka memilih Olimpik diadakan pada tarikh tersebut mungkin untuk mendapatkan tuah agaknya..
Itu di Beijing, apa pula ceritanya di Malaysia? Tidak kurang juga pasangan yang berbangsa Cina melangsungkan perkahwinan mereka pada waktu tersebut. Tetapi bagaimana pula dengan pasangan yang berbangsa Melayu? Dan Islam lagi. Ramai juga kiranya yang menjadikan tarikh tersebut sebagai tarikh yang bersejarah terutama dalam permulaan berumahtangga. Pasangan yang beragama Islam turut melangsungkan pernikahan pada tarikh tersebut dan bagaimana kita nak sebut tentang ini ye?. Yang pasti semua bergantung pada niat.
Rasulullah SAW bersabda, mafhumnya: “Sesungguhnya setiap amal perbuatan itu adalah bermula dengan niat. Dan Sesungguhnya setiap manusia menerima (pahala amalnya) mengikut apa yang diniatkannya…”
Daripada pengamatan saya terhadap pasangan yang melangsungkan pernikahan pada tarikh tersebut, beberapa sebab kenapa tarikh tersebut dipilih adalah;
1) Oh tarikh yang cantik.
2) Senang nak ingat la tarikh tu!
3) Bawa ‘ong’ dan kebahagiaan dunia dan akhrat.

Setakat pengamatan saya, yang no.3 agak bertentangan dengan prinsip Islam yang saya pegang, tetapi yang saya tahu yang dan teramat pasti bukan no.8 yang member I kebahagiaan dan ketenangan dalam berumahtangga. Bukan no.8 juga yang boleh menjamin kebahagian dunia dan akhirat. Kalau nak tarikh apa pun boleh kerana kebahagian bukan pada tarikh tetapi pada nilaian ketakwaan pasangan yang berumah tangga dan persefahaman yang terbina diantara mereka yang berkahwin. Tarikh apa pun boleh kalau pasangan itu tahu tanggungjawab masing-masing dan bersedia menerima kelemahan dan kelebihan pihak yang satu lagi dan yang paling penting diredhai perkahwinan mereka. Insyaallah bahagia. Tidak salah juga memilih tarikh 08/08/08 kerana memang tarikh yang cantik dan mudah diingat.

Soalnya sekarang bukannya apa, tapi apa niat kita ketika memilih tarikh tersebut, nak ‘ong’ atau tarikh cantik atau tiada apa-apa pun. Sebab apa pilih 08/08/08 tepuk dada tanya Iman.

far_east00
 

Empat golongan lelaki yang ditarik oleh wanita ke neraka

Category: By Sebuah Kisah Kita

1) Ayahnya

Apabila seseorang yang bergelar ayah tidak mempedulikan anak-anak perempuannya di dunia. Dia tidak memberikan segala keperluan agama seperti mengajar solat, mengaji dan sebagainya. Dia membiarkan anak-anak perempuannya tidak menutup aurat……tidak cukup kalau dengan hanya member kemewahan dunia sahaja maka dia akan ditarik oleh anaknya.

2) Suaminya

Apabila seorang suami tidak memperdulikan tindak-tanduk isterinya. Bergaul bebas di pejabat, memperhiaskan diri bukan untuk suami tapi untuk pandangan kaum lelaki yang bukan mahram, apabila suami mendiam diri…..walaupun dia seorang alim (solat tidak tangguh, puasa tidak tinggal) maka dia akan ditarik oleh isterinya.

3) Abang-abangnya

Apabila ayahnya sudah tiada, tanggungjawab menjaga maruah wanita jatuh pula ke abang-abangnya…..jikalau mereka hanya mementing keluarganya sahaja dan adik perempuannya dibiar melencong dari ajaran ISLAM….tunggulah tarikan adiknya di akhirat.

4) Anak lelakinya

Apabila seorang anak tidak menasihati seorang ibu perihal kelakuan yang haram dari Islam, maka anak itu akan disoal dan dipertanggungjawabkan di akhirat kelak....nantikan tarikan ibunya.

Maka kita lihat betapa hebatnya tarikan wanita bukan sahaja di dunia malah di akhirat pun tarikannya begitu hebat…maka kaum lelaki yang bergelar ayah / suami / abang / anak harus memainkan peranan mereka yang sebenar. Firman Allah subhanahuwata’ala yang bermaksud;

“Hai anak Adam, peliharalah diri kamu serta ahlimu dari api neraka, dimana bahan pembakarannya ialah manusia dan batu-batu…….”

Hai wanita, kasihankan ayah anda, suami anda, abang-abang anda, serta anak-anak lelaki anda….kasihankanlah mereka dan diri kamu sendiri…jalankan perintah Allah S.W.T dengan bersungguh-sungguh dan dengan ikhlas…

Akhir kata, marilah kita berdoa agar kita semua terselamat dari ditarik oleh mana-mana pihak atau tertarik mana-mana pihak. Harga seseorang muslim adalah sangat berharga. Allah S.W.T nilaikan seseorang muslim dengan Syurga… semua kaum muslim masuk syurga….janganlah kita membuang atau tidak mengendah janji ALLAH S.W.T.

SEMOGA KITA SEMUA TERGOLONG DARI AHLI SYURGA YANG MEMASUKINYA TANPA HISAB

AMIN………YA RABBALA’LAMIN

 

Ini Jalanku

Category: By Sebuah Kisah Kita
SPM yang telah berlalu membuatkan aku tercari-cari tujuan hidupku. Hendak dituju kepada segulung ijazah atau kerjaya yang baik terlalu jauh untuk digapai. Mengulangi rutin yang sama setiap hari membuatkan aku terfikir, biginikah kehidupanku untuk masa-masa akan datang?
Alhamdulillah, di sini, aku dipertemukan dengan Mu. Saat berkenalan denganMu menampakkan aku jalan mana yang harus kutuju supaya dapat berjumpa denganMu. Kehidupanku diteruskan dengan agenda-agenda yang telah Kau susun baik untuk menjadikan aku seperti aku kini.
“bestnye usrah. Next week kte punye usrah hari ape?”
“malam ni ade kelas bahasa arab la. Jom pegi nak?”
“weekend ni ade program dkt masjid xxx ttg sejarah islam..”
“korang, bukak puase hari ni, akak naqibah kte blanje kt luar”
Saban hari, aku didedahkan tentang keindahan Islam, manisnya ukhwah, beruntungnya jika dapat berbahasa arab dan memahami isi Al-Quran. Walaupun berbagai dugaan melanda, kami tetap teguh dijalannya.
“bznye korang, weekend je mesti xde. Bile korang study?”
“tu lah, bz sgt pegi usrah, kan dah x siap shukudai”
“apsal ko ngntuk sgt ni?mlm td abes usrah lmbat ek?”
Kadang-kadang komen dari rakan2 lain sedikit sebanyak menggoyah keimanan didada dan boleh menyebabkan stress. Tapi inilah yang menjadikan kami kuat untuk berjaya dalam pelajaran , mudah-mudahan tidak menjadi fitnah kepada Islam dan dakwahnya.
“barang siapa meminjami Allah dengan pinjaman yang baik maka Allah melipatgandakan ganti kepadanya dengan banyak. Allah menahan dan melapangkan (rezeki) dan kepadaNya lah kamu dikembalikan” Al-Baqarah:245
“barang siapa meminjamkan kepada Allah dengan pinjaman yang baik, maka Allah akan mengembalikannya berlipatganda untuknya, dan baginya pahala yg mulia” Al-Hadid:11
Dengan berpegang teguh pada janji Allah, kami tak ambil kisah tentang perkara lain. Kerana fitrah manusia itu sentiasa inginkan kebaikan, maka kami mengejar mana-mana majlis ilmu agar ilmu yang diperolehi dapat meningkatkan kefahaman kami dalam beragama, juga secara tak langsung menambah iman di dada.
Penglibatan dalam aktiviti luar membuka mata, menyedarkan diri bahawa ramai lagi orang yang berjuang untuk Islam. Di manakah kedudukanku? Islam pasti bangkit suatu hari nanti. Islam tak perlukan aku untuk berjaya, kerana janji Allah itu pasti. Tanpa aku pun Islam boleh berjaya. Tapi, adakah aku boleh berjaya tanpa Islam? Menyedari hakikat ini, aku tahu yang beban dakwah Islamiah terpikul dibahuku.
Hakikatnya menjadi seorang dai’e tak semudah yang disangka.
“adakah manusia mengira bahawa mereka akan dibiarkan hanya dengan mengatakan, “kami telah beriman.” Dan mereka tidak diuji?” Al-Ankabut:2
Tentangan keluarga, masalah dalam pelajaran, masalah hati dan kewangan yg datang sebenarnya banyak mengajar aku untuk jadi lebih matang. Allah menguji kerana ingin menaikkan darjat hambaNya. Bersangka baiklah pada Allah dan apa yg telah ditakdirkanNya kerana sesungguhnya, Dia tak menguji kita dengan sesuatu yang diluar kemampuan kita.
“Allah tidak membebani seeorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya. Dia mendapat (pahala) dari (kebajikan) yang dikerjakannya dan dia mendapat (siksa) dari (kejahatan) yang diperbuatnya…”. Al-Baqarah:286
Suatu ketika, aku melihat terbentangya 2 jalan dihadapanku. Kedua-duanya sama menarik dan sama hebat. Aku mengambil keputusan untuk berjalan di tengah2 kedua2 lorong agar sambil menyusuri, aku dapat mengintai dan meninjau keadaan kedua-duanya untuk mengetahui pengakhiran manakah yang lebih baik. Aku dapati pada akhirnya, kedua lorong itu bercantum kebali menuju kearah yang sama. Subhanallah! Yang berbeza mungkin liku2, pohon2 atau onak duri disepanjang jalan.
Aku tahu, dengan berada ditengah2 tidak membolehkan aku untuk merasai sepenuhnya sukaduka, liku2 dan onak duri di sepanjang kedua2 jalan. Aku hanya mendapat tempias daripada kedua-duanya sahaja. Menyedari hakikat ini, aku tahu, hanya satu jalan yg harus kupilih, agar aku mendapat pengalaman sepenuhnya sebelum bertemu semula di penghujung jalan.
Rupanya sedar atau tidak, sudah terlalu lama rasanya aku menyulusuri tengah2 jalan. Selama tempoh itu juga aku hanya mendapat tempias sahaja drpd keduanya. Aku mula merasai kekurangan dan perubahan yg sedikit mengganggu fikiranku. Aku semakin pelik dengan keadaan diriku kini.
“mengapa aku dh x excited nk pegi usrah ni?”
“mengapa rase susah je nk berkorban untuk agama Allah?”
“mengapa aku rase 24jam sehari mcm xcukup je?”
“mengapa ape yg aku pelajari, susah nk dpt?”
“mengapa aku dh x sensitive pd org sekelilingku?”
“mengapa aku dh xkesah tiru homework org lain?”
“mengapa aku dh xde perasaan bile dpt mrkah rendah dlm kuiz?”
“mengapa aku x jd seperti aku yg dulu?”
“kemana hilangnya aku yg dulu?”
Aku sendiri tiada jawapan yg pasti untuk setiap soalan yg kerap bermain2 di mindaku akhir2 ini. Tapi yg pasti, setiap yg berlaku pasti ada hikmahnya tersendiri dan apa yg telah terjadi padaku adalah sebaik2 perkara yg harus terjadi. Rupanya, tanpa disedari aku telah mengabaikan hak penciptaku. Aku tidak menjaga baik hubunganku denganNya, maka Dia memberi peringatan padaku, agar aku sedar. Dalam perjalanan mencari semula diri ini, aku perlukan Dia.
“ya tuhan kami, janganlah Engkau condongkan hati kami kepada kesesatan setelah Engkau berikan petunjuk kepada kami, dan kurniakanlah kepada kami rahmat dari sisiMu, sesungguhnya Engkau Maha Pemberi” Al-Imran:8
Mungkin dalam kesibukan aku melakukan dakwahNya, aku tidak menjaga perkara2 lain yg mungkin mengundang kemurkaanNya. Hati yang telah lalai ini harus diingatkan kembali akan azab2 tuhannya. Aku hanya ingin mencari jalan agar aku dapat kembali kepadaNya. Agar aku dapat merasai semula kemanisan iman itu. Ya Allah, tunjukilah aku jalan, agar aku dapat kembali dekat denganMu.
“Wahai orang-orang yang beriman! Bertakwalah kepada Allah dan carilah wasilah (jalan) untuk mendekatkan diri kepadaNya, dan berjihadlah (berjuanglah) dijalanNya, agar kamu beruntung.” Al-Maidah:35
Maka, dengan ini aku telah memilih untuk mengikut jalan itu. Bukan kerana jalan ini salah, tetapi sesungguhnya jalan itu yang lebih dekat dgn hatiku, maka aku memilihnya.


“Berpenat lelahlah kerana sesungguhnya kesenangan itu selepas kepayahan. Jgn berdukacita krn hidup ini meletihkan,sbb demikianlah hidup itu diciptakan” [Imam Syafie]


xxx
 

Ahh minyak naik...

Category: By Sebuah Kisah Kita

“Ah banyak perkara yang berlaku dalam 2 bulan ini, dengan kejadian-kejadian bencana alam di seluruh dunia. Taufan Nargis di Myanmar meragut puluhan ribu nyawa dan menjadi penyebab kenaikan harga beras di seluruh dunia. Malaysia juga turut terkesan akibat kenaikan harga beras yang melambung ini. Paling menyakitkan, kenaikan tanpa henti harga minyak global turut menjadi menjadi kesan kepada negara seperti Malaysia kerana dengan secara mengejut, harga minyak naik sebanyak RM0.78 melonjak daripada RM1.92 ke RM 2.70 seliter. Selepas ini apa pula yang akan terjadi kepada kita, apakah akan ada lagi krisis ekonomi seperti pada tahun 1997. Jika itu berlaku, sampai bila perkara-perkara yang membebankan ini akan terus berlaku. Sampai bila? Sampai bila?”

Cerita minyak ini mungkin akan menjadi perkara yang tidak ada kesudahan, namun sebagai mahasiswa apakah peranan terbaik untuk kita lakukan, adakah melalui demonstrasi jalanan?, ataupun penulisan di blog-blog seperti ini cukup untuk menjadi faktor penekan agar kerajaan mengubah pendirian mereka terhadap harga minyak. Mungkin kita mempunyai jawapan berbeza tetapi jangan bertindak melulu, fikir dahulu sebelum membuat sesuatu keputusan.

Kadang-kadang bila aku melihat diluar jendela, melihat alam semulajadi yang menghijau, lupa seketika segala masalah yang menyelubungi aku. Dengan gunung-ganang yang menghijau cukup untuk menjadikan aku tenang semula. Tetapi bila aku kembali membaca akhbar, muncul lagi ura-ura yang mengatakan harga tiket bas akan melambung naik, ahhh... sampai bila ni, sampai bila?, siapa yang patut dipersalahkan ini?.

Mujur juga aku seorang yang bertuah menerima biasiswa sebanyak RM350 sebulan dengan perbelanjaan lain sudah ditanggung. Bersyukur aku berbanding mahasiswa-mahasiswa lain yang terpaksa meminjam PTPTN yang dikatakan dan mereka terpaksa membayar balik pinjaman tersebut bersama 3% faedah.


Kenaikan minyak ternyata memberi kesan kepada semua lapisan masyarakat tanpa mengira usia, pangkat dan darjat. Yang paling terkesan tentulah golongan yang berpendapatan sederhana serta golongan yang berpendapatan rendah kerana kenaikan harga minyak pasti menghantui mereka. Golongan kelas atasan mungkin sekali akan berkata yang memang sudah tiba masanya harga minyak naik dan seharusnya kita tidak perlu bergantung kepada subsidi lagi. Tetapi lain pula dengan kanak-kanak, mereka terus berada dalam dunia mereka tanpa sedikit pun perasaan bimbang yang mungkin akan mereka lalui setelah mereka besar nanti. mereka akan terus berada dalam dunia maya Ultramen mereka, Naruto, dunia masak-masak dan kawin-kawin yang mereka lalui. Mereka terus dengan riang ria mereka dalam dunia mereka bergelak ketawa sambil menyanyi dalam dunia mereka. Dalam keadaan sekarang ini teringin juga aku menjadi kanak-kanak berseronok untuk menghilangkan keributan yang berlaku pada masa ini. "Ahh.. seronoknya bila aku jadi kanak-kanak". Walau seceria manapun kanak-kanak ini, ternyata ibu bapa merekalah yang semakin gelisah mengenai masa hadapan kanak-kanak ini yang semakin hari semakin mencabar terutama apabila berdepan dengan demokrasi global nanti. Persoalan adakah mereka boleh meneruskan kehidupan mereka disaat dunia yang semakin mencabar nanti masih menjadi persoalan dan hanya Allah yang tahu. Justeru ada juga ibu bapa yang sudah mula berbelanja lebih untuk memastikan kelangsungan pendidikan anak-anak mereka agar berjaya mengharungi dunia mereka nanti.


Pasti ada hikmah disebalik kenaikan minyak pada kali ini, apa yang tersurat dan tersirat haruslah kau dan aku kenalpasti. Tidak lain dan tidak bukan, cara untuk mengembalikan keributan sekarang ini hanyalah dengan kita kembali kepada Islam yang sebenar. "Islam is the way of life" ini bukan mudah untuk dilaksanakan bila terkenangkan keadaan sekarang yang menydihkan ini. Yang pasti demonstrasi tentang kenaikan minyak pasti akan berlaku dan telahpun berlaku semalam pada 14 Jun 2008 di Kuala Lumpur. Demonstrasi-demonstrasi seterusnya pasti akan terus berlaku dan sama ada apakah kita mampu mengubahnya terpulang kepada kepada keputusan kita. Tepuk dada tanya iman.



fareast
 

Hamba Petunjuk

Category: By Sebuah Kisah Kita
Subuh. Aku membuka mata, terpegun sendirian. Kesunyian yang aneh menyelinap ke dalam jiwaku. Tenang, sunyi, dan aneh. Aku bangun mendirikan kewajipanku. Hatiku tenang selesai kewajipanku. Aku terpegun dalam kesunyian.
Aku mengambil pena dan mula mengerakkan tangan, berharap dapat meringankan beban akan datang. Seketikanya, aku kembali terpegun. Aneh. Terasa aneh sekali kehidupan ini. Terasa begitu cepatnya pergerakan masa selama 20 tahun ini. Dalam kehenigan, aku terkagum sendirian, dengan kehebatan badanku ini. Badan ini telah menahan pahit getir duniawi selama 20 tahun, tanpa berkarat atau rosak seperti mesin-mesin buatan manusia. Hebat. Sungguh hebat badan yang telah membesar selama 20 tahun ini, tanpa perlu dibaikpulih atau dinaik taraf, seperti mesin-mesin ciptaan manusia ini,tanpa perlu dinaiktarafkan seperti mesin-mesin ciptaan manusia.
Seketika, ketakutan melanda diriku. Sampai bilakah badan ini mampu bertahan menempuh cabaran dan malapetaka yang akan datang? Adakah hari ini, esok, ataupun 10 tahun lagi? Mengingatkan badan ini hanyalah sekadar pinjaman, aku ketakutan melihat segala dosa-dosa yang telah kulakukan dengan badan ini. Aku ketakutan sendirian.
Terperangkap dalam kesunyian, hatiku melonjak-lonjak untuk keluar dari perangkap ini. Aku melangkah ke dunia luar.
Melangkah ke dalam masyarakat, aku dikelilingi bunyi bising dan keriuhan masyarakat. Aku memandang sekeliling. Terasa diriku seperti berada di zaman batu, dikelilingi wanita yang tidak berpakaian dan bangunan-bangunan batu. Aku kembali kesunyian.
Aku memejamkan mataku, menenangkan diriku. Akhirnya keyakinan membara dalam hatiku.Aku yakin kerana aku sudah faham akan kurniaan jasadku ini. Aku yakin kerana aku sudah faham tujuan hidupku ini. Aku yakin kerana aku berada di laluan yang betul. Dan aku yakin, suatu hari, duinia ini akan berubah sebanyak 360 darjah.
Kerana Dia adalah Maha Petunjuk


Sign
 

Aku Terima Dari Dia

Category: By Sebuah Kisah Kita

Dalam kesibukan menempuh dugaan hidup sebagai hamba Allah, banyak yang perlu aku lalui untuk meneruskan perjalanan hidup ini. Untuk beberapa minggu lagi aku perlu untuk membuat beberapa keputusan yang mungkin besar mempengaruhi kehidupan aku yang akan datang.

TWO roads diverged in a yellow wood,
And sorry I could not travel both,
(the road not taken, robert frost)

Membuat keputusan yang besar terutama untuk kejayaan pada masa akan datang memang merupakan cabaran yang bukan mudah untuk dilakukan. Yang mana satu pilihan yang lebih baik biarlah Allah sahaja yang menentukan apa yang terbaik untuk hambanya ini. Solat ishtiharah memang merupakan ikhtiar yang paling baik dan disamping melakukan solat itu, ikhtiar lain perlulah disertai juga. Perbanyakkan pengetahuan tentang bidang yang akan dipilih, pelengkapkan ilmu untuk masuk ke ‘universiti entrance examination’. Faktor rakan juga perlu diambil kira terutama untuk ke universiti di Jepun kerana tanpa rakan yang boleh membimbing ke arah kebenaran, mudah sahaja kita hanyut dalam arus kesosialan yang ada di Jepun.

Sedang berbual, banyak topik yang dibicarakan, antaranya permasalahan yang berlaku diantara masing-masing. Sedang rancak perbualan berlangsung, tiba-tiba dia bertanya “ Alhamdulillah aku tengok engkau masih boleh membahagikan masa semasa orang lain sibuk untuk persediaan ke universiti yang di Jepun, Tapi kan aku tengok engkau orang yang berdakwah ini perlulah menonjol supaya lebih dikenali ramai. Bukan untuk tujuan populariti, tapi untuk memudahkan penyampaian mesej dakwah itu supaya lebih berkesan”.

“Aku ‘low profile’, aku malas la nak menonjol sangat”, aku berkata sedemikian.

“Engkau tak boleh camtu, Ok begini, ‘low profile’ ada dua. Pertama engkau ‘low profile’ tapi orang hormat dan satu lagi engkau ‘low profile’ tapi orang tak hormat. Masaalahnya sekarang ni engkau ‘low profile’ yang mana satu?”

Aku terdiam seketika memikirkan aku ‘low profile’ yang mana satu. Aku dan Allah sahajalah yang tahu aku ‘low profile’ yang mana satu.

“Cuba engkau tengok Rasuallah s.a.w., engkau rasa rasuallah ‘low profile’ atau tidak. Pada pendapat aku, Rasuallah s.a.w. tu lebih bersifat merendah diri tapi tegas dalam melaksanakan dakwah ketika era kejahilan di Mekah dulu.” Katanya dengan nada menasihati.

Katanya betul, dalam surah Al-Ahzab ayat ke 21

Demi sesungguhnya, adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan Yang baik, Iaitu bagi orang Yang sentiasa mengharapkan (keredaan) Allah dan (balasan baik) hari akhirat, serta ia pula menyebut dan mengingati Allah banyak-banyak (dalam masa susah dan senang)

Mungkin setelah banyak bahan bacaan yang aku baca aku lupa untuk merujuk semula kepada contoh terbaik kepada seluruh umat manusia ini. Kata-kata nasihat daripada dia telah menyedarkan aku yang tidak semestinya golongan orang yang ingin mengerjakan kebaikan ini harus menerima nasihat daripada orang yang baik-baik juga. Tapi sejauh mana pendakwah pada masa ini yang boleh ditegur terutama orang yang menegur itu bukan alim ulama. Sejauh mana orang yang sudah tua boleh menerima teguran orang yang lebih muda. Adakah teguran hanya boleh dibuat oleh alim ulama sahaja?.

Teringat saya kisah Khalifah Umar Abdul Aziz menangis apabila ditegur oleh seorang kanak-kanak. Hal ini menunjukkan keterbukaan Khalifah Umar untuk menerima teguran daripada sesiapa juga dan kita juga haruslah jangan cepat melatah jika kita ditegur dan teguran itu datang bukan daripada orang yang alim dan warak. Teguran juga boleh datang daripada kaum bukan Islam dan ingatlah yang kita ini bukanlah seorang yang sempurna. Teguran yang aku terima pada kali aku anggap teguran itu datang daripada Allah untuk mengingatkan aku yang telah lalai dan lupa untuk berbalik ke contoh terbaik yang telah Allah berikan kepada umat manusia.

In-Team
(Damba Kasih)

Semakin jauh ku dari-Mu
Semakin dekat pula Kau menghampiri daku
Oh, Tuhan Yang Maha Pengasih
Siapalah diriku di pandangan-Mu

Semakin cuba ku dekati
Semakin kuat pula Kau mendugai aku
Oh, Tuhan Yang Maha Sempurna
Kerdilnya diriku di hadapan-Mu

Setiap yang kita hadapi dalam hidup ini pasti ada pengajaran disebaliknya. Carilah pengajaran itu dan bersedialah menerima teguran walaupun teguran itu datang daripada orang yang kita tidak suka.

fareast

 

10/3600 Masa Anda Untuk Palestin

Category: By Sebuah Kisah Kita
SEDARKAH KITA. Saban hari, sedang kita gembira bergelak ketawa, Mereka menderita. SEDARKAH KITA.

Luangkanlah sedikit masa anda untuk "membaca" dan "menyelami" penderitaan mereka. Antaranya :

http://www.palestinkini.info
http://21-8.blogspot.com

Kemudian, muhasabah diri anda.
Apa perasaan anda?
Apa yang telah kita lakukan untuk mereka?
Bagaimana jika ianya berlaku kepada kita.
Jawapan apa boleh kita berikan kepadaNya sekiranya mereka menuntut Kelak?

Ringankan tangan hulurkan bantuan sekiranya ada PELUANG untuk membantu. Sumbangan boleh disalurkan melalui :
Akaun : Aman Palestin Berhad

Bank Islam Malaysia Berhad
No : 12029010047880

Maybank Malaysia Berhad
No : 562263010787

Pertanyaan :
Tel : 03-89267019
Fax : 03-89259963

Alamat :
No. 1, Jln 3/3B, Seksyen 3, 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor

Email : alaqsa3@streamyx.com
alquds3@streamyx.com


atau pun kepada agen-agen yang berhampiran.

"SEBELUM TERLAMBAT"

 

KEBUSUKAN DUNIA

By Sebuah Kisah Kita
Kita sering ditekan agar terus maju kehadapan dalam setiap bidang yang diceburi. Keghairahan mengejar pengiktirafan dan sanjungan dunia, menjadi perkara dan matlamat penting dalam kehidupan. Artis-artis dan para atlet yang mengharumkan nama negara diberi penghormatan tanpa mengambil kira batasan dan larangan dalam Islam. Hal ini menjadi pendorong kepada setiap orang untuk terus maju mengejar kejayaan yang terhina. Namun,adakah kita sedar bahawa dunia adalah pengkhianat dan penipu belaka. Lihatlah sendiri keruntuhan akhlak dan kehidupan yang tidak bertamadun yang berlaku sekarang. Menyedihkan!

Hasan al-BAsri pernah mengirim surat kepada Umar bin Abdul Aziz:

“Sesungguhnya dunia ini adalah sebuah rumah yang busuk. Sesungguhnya bikanlah rumah tempat berteduh. Adam diturunkan ke sini sebagi seksaan. Takutlah padanya wahai Amirul Mukminin. Bekalan untuk akhirat adalah dengan meninggalkannya. Kaya harta bererti fakir kepadanya. Setiap waktu ia membunuh. Menghina orang yang memuliakannya. Membuat fakir orang yang mengumpulkannya. Ia racun yang diteguk oleh orang yang tidak mengetahuinya, hingga ia mati olehnya. Hendaklah di situ engkau sebagai orang yang hendak mengubati lukanya. Menahan sedikit kepanasan takut bencana itu berpanjangan. Sabar atas pahitnya ubat, keran a tidak ingin sakit berlama-lama.
Waspadalah,inilah tempat penghianat yang dengan pintarnya menipu, memfitnah dan memasang jerat. Mencumbu pelamarnya bagai pengantin saja. Membuat mata memandang, hati melayang dan jiwa pun rindu padanya. Ia mengkhianat semua suaminya yang dulu da tidak setia pula dengan suaminya yang kini. Ketika orang arif mengetahui hal nya pasti akan menjauhinya. Adapun orang yang merindukannya pasti akan mabuk kepayang dan lupa daratan. IA asyik bercumbu dengannya hingga langkahnya terhenti dan penyesalannya amat mendalam, menunggu datangnya ajal, sakitnya sakaratul maut dan di dalam kerugian. Dia tidak menemukan apa yang dicari, tidak mengerti akan kelelahan. Dia meninggal tanpa bekalan. Takutilah ia wahai Amirul Mukminin! Ambillah secukupnya! Takutlah menjadi hambanya. Pemilik dunia ketika mengharapkan kebahagian, tetapi mendapat kesedihan. Ancamannya adalah gertakan saja. Janji hanyalah palsu sahaja. Akhir kemakmurannya adalah bencana dan kekalannya menuju kepada fana. Kebahagiaannya adalah perangkap kedukaan di mana orang tidak boleh maju atau mundur. Lalu ia melihat janjinya itu bohong, angan-angannya itu kosong, kebersihannya kotor dan kehidupannya menyusahkan!”

Sama-samalah kita kembali kepada addin tercinta dan cara hidup yang diredhai. Semoga kita tidak lalai dan tergoda dengan tipu daya dunia. Insyaallah…



al-afrad muslimah
 

Keajaiban Nombor Dalam Al-Quran

Category: By Sebuah Kisah Kita
Satu kajian daripada Dr. Tariq Al Suwaidan dan terbitan bukunya "The Series Of The Scientific Miracles In Quran" memperlihatkan kepada kita satu jujukan nombor di dalam Al-Quran yang perlu kita ketahui. Jujukan ini bukanlah satu kebetulan bahkan mukjizat Allah kepada rasul-Nya Muhammad SAW.

Berikut adalah bilangan tentang perkara yang disebutkan di dalam Al- Quran:

-DUNIA -115 kali
AKHIRAT - 115 kali

-MALAIKAT- 88 kali
SYAITAN - 88 kali

-HIDUP - 145 kali
MATI - 145 kali

-FAEDAH - 50 kali
KERUGIAN - 50 kali

-UMMAH - 50 kali
PENYAMPAI - 50 kali

-IBLIS:PENGHULU SYAITAN - 11 kali
MOHON PERLINDUNGAN DARIPADA IBLIS - 11 kali

-BALA/MUSIBAH - 75 kali
BERSYUKUR - 75 kali

-BRSEDEKAH - 73 kali
BERPUAS HATI - 73 kali

-ORANG YANG SESAT - 17 kali
ORANG YANG MENINGGAL DUNIA - 17 kali

-MUSLIMIN -41 kali
JIHAD - 41 kali

-EMAS - 8 kali
KEMURAHAN HIDUP - 8 kali

-KEAJAIBAN - 60 kali
FITNAH - 60 kali

-ZAKAT - 32 kali
BERKAT - 32 kali

-MINDA - 49 kali
NUR - 49 kali

-LIDAH - 25 kali
SUMPAH - 25 kali

-NAFSU - 8 kali
KETAKUTAN - 8 kali

-BERCAKPA DIKHALAYAK RAMAI - 18 kali
BERDAKWAH - 18 kali

-KESUSAHAN - 114 kali
KESABARAN - 114 kali

-MUHAMMAD -4 kali
SYARIAT - 4 kali

-LELAKI - 24 kali
PEREMPUAN - 24 kali

-SOLAT - 5 kali

-BULAN - 12 kali
HARI - 365 kali

- LAUT - 32 kali
DARATAN - 13 kali
  • LAUT dan DARATAN =32 + 13 =45 Peratusan laut= 32/45 x 100= 71.1111111 peratus, peratusan darat = 13/45 x 100 = 28.88888889

Kajian sains oleh manusia telah membuktikan bahawa air meliputi 71.111 peratus daripada bumi dan tanah meliputi 28.889 peratus. Begitulah kebesaran dan keagungan ciptaan ALLAH SWT!

dipetik daripada PETANDA KEAGUNGAN( susunan,Nazri Bin Zakaria)

 

Lagu ini mengingatkan aku…

Category: By Sebuah Kisah Kita


Irama-irama lagu yang berbentuk dakwah telah mengalami perubahan dan tidak terhad kepada lagu-lagu nasyid sahaja. Alhamdulillah sekarang ini banyak juga irama-irama muzik yang mempunyai mesej menarik yang cuba diketengahkan. Ada orang yang mengambil ukuran berjubah dan berkopiah sahaja diterima terutama dalam membawa lagu-lagu yang berbentuk dakwah iaitu dalam menyedarkan masyarakat yang lalai. Mungkin masyarakat perlukan anjakan paradigma terutama tidak menjadikan imej penampilan suatu kumpulan yang cuba membawa lagu berunsur dakwah sebagai ukuran. Bagi saya asalkan batas-batas aurat di jaga, irama dan mesej yang cuba disampaikan itu menerusi sebuah lagu itu perlu lebih ditekankan daripada kita melihat hanya daripada aspek pakaian sahaja. Video berikut adalah salah satu kumpulan lagu yang telah menyentuh hati saya dan mengubah pandangan saya terhadap lagu-lagu yang berbentuk dakwah.

Andai ku tahu….
Kapan tiba ajalku…
Ku akan memohon tuhan tolong panjangkan umurku…

Andai ku tahu…
Kapan tiba masaku…
Ku akan memohon tuhan jangan kau ambil nyawaku…
Aku takut akan semua dosa dosaku…
Aku takut dosa yg terus membayangiku…

Andai ku tahu…
Malaikatmu kan menjemputku…
Izinkan aku mengucap kata taubat padamu…
Aku takut akan semua dosa dosaku…
Aku takut dosa yg terus membayangiku…

Ampuni aku dari segala dosa dosaku…
Ampuni aku menangis ku bertaubat padamu…
Aku manusia yang takut neraka…
Namun aku juga tak pantas disurga…

Andai ku tahu….
Kapan tiba ajalku…
Izinkan aku mengucap kata taubat padamu…
Aku takut akan semua dosa dosaku…
Aku takut dosa yg terus membayangiku…
Ampuni aku dari segala dosa dosaku…
Ampuni aku menangis ku bertaubat padamu…

Menerusi lagu ini, sedikit sebanyak menginsafkan diri saya dan mengingatkan diri ini yang ajal maut ditangan tuhan . Ampuni aku dari segala dosa dosaku Ampuni aku menangis ku bertaubat padamu…

Ya Allah ampunkanlah diri ini yang telah melakukan banyak dosa kepadamu, terimalah taubatku dan ampunkan segala dosa-dosaku Ya Allah.. Amin.


pendekar7
 

Emotional Bank Account

By Sebuah Kisah Kita



Kita semua telah lama didedahkan dengan “financial bank account” (akaun simpanan) sejak kita masih kanak-kanak lagi. Melaluinya kita boleh mengeluarkan wang tunai (withdraw) ataupun kita mula menyimpan wang (deposit). Emotional Bank Account merupakan satu metafora yang melambangkan tahap kepercayaan yang terbentuk dalam sesuatu perhubungan.

Jika saya melakukan deposit ke dalam “emotional bank account” melalui kebaikan, kepercayaan, menepati janji, kepercayaan anda terhadapa saya akan bertambah. Jika saya melakukan kesalahan, disebabkan oleh high trust dan tingginya nilai emotional bank account, Ia dengan sendirinya akan memaafkan kesalahan kita oleh kerana nilai emotional bank account yang tinggi yang kita laburkan terhadap dia. Jika kesalahan yang kita lakukan itu kecil maka kecillah withdraw yang kita lakukan terhadap emotional bank account. Jika kesalahan itu membabitkan teknik-teknik seperti memanipulasi, menipu, tidak menepati janji maka besarlah withdraw yang kita lakukan. Tetapi, jika kita mempunyai pelaburan yang tinggi dalam akaun emosi seseorang, akan wujud sikap saling faham memahami dan melalui akaun emosi itu, komunikasi yang tidak berapa jelas pun jika ia datang daripada seseorang yang telah melaburkan pelaburan yang tinggi dalam emotional bank account, kita akan faham apakah yang cuba disampaikan.Apabila tahap kepercayaan itu amat tinggi, komunikasi akan menjadi lebih mudah dan effektif.

Dalam akaun simpanan kita sering lihat terjadinya overdrawn. Begitu juga dengan emotional bank account yang juga boleh terjadinya overdrawn. Overdrawn ini terjadi apabila teknik-teknik memanipulasi, tidak jujur, menipu, menyakitkan hati dan lain-lain lagi terus digunakan didalam sesuatu perhubungan.

Yang pasti tiada jalan pintas untuk memperbaiki perhubungan yang telah emotional bank accountnya telah overdrawn. Dengan terus menerus melakukan deposit merupakan langkah terbaik dalam memperbaiki perhubungan yang telah rosak.

Dalam contoh yang lebih mudah seperti dalam organisasi yang kecil seperti usrah, perlunya untuk ketua bagi setiap anggota usrah melakukan deposit bagi setiap ahli usrah dibawahnya. Sering mereka tertanya sendiri mengapa susah sangat mereka untuk hadir dalam majlis ini, kenapa mereka susah sangat untuk menerima nasihat daripada ketua mereka, seringkali juga kita menyalahkan ahli-ahli usrah kerana tidak memberi komitmen dalam menghadirkan diri ke program yang menjurus ke arah kebaikan ini. Bagaimana jika jawapannya adalah ketua usrah itu tidak melakukan pelaburan yang tinggi dalam emotional bank account ahli-ahli usrahnya. Jika itu jawapannya, maka tidak hairanlah ahli-ahli usrah sukar untuk menghadirkan diri dan perbuatan menuding jari ke arah orang lain bukan merupakan jalan penyelesaian.

Artikel ini diambil daripada buku The 7 Habit Of Highly Effective People, dan tidak salah jika saya berkata yang emotional bank account ini merupakan salah satu sunatullah dalam perhubungan sesama manusia.

Dari timur jauh aku datang, kalau salah tolong tunjukkan.. far_east00