Dalam kesibukan menempuh dugaan hidup sebagai hamba Allah, banyak yang perlu aku lalui untuk meneruskan perjalanan hidup ini. Untuk beberapa minggu lagi aku perlu untuk membuat beberapa keputusan yang mungkin besar mempengaruhi kehidupan aku yang akan datang.
TWO roads diverged in a yellow wood,
And sorry I could not travel both,
(the road not taken, robert frost)
Membuat keputusan yang besar terutama untuk kejayaan pada masa akan datang memang merupakan cabaran yang bukan mudah untuk dilakukan. Yang mana satu pilihan yang lebih baik biarlah Allah sahaja yang menentukan apa yang terbaik untuk hambanya ini. Solat ishtiharah memang merupakan ikhtiar yang paling baik dan disamping melakukan solat itu, ikhtiar lain perlulah disertai juga. Perbanyakkan pengetahuan tentang bidang yang akan dipilih, pelengkapkan ilmu untuk masuk ke ‘universiti entrance examination’. Faktor rakan juga perlu diambil kira terutama untuk ke universiti di Jepun kerana tanpa rakan yang boleh membimbing ke arah kebenaran, mudah sahaja kita hanyut dalam arus kesosialan yang ada di Jepun.
Sedang berbual, banyak topik yang dibicarakan, antaranya permasalahan yang berlaku diantara masing-masing. Sedang rancak perbualan berlangsung, tiba-tiba dia bertanya “ Alhamdulillah aku tengok engkau masih boleh membahagikan masa semasa orang lain sibuk untuk persediaan ke universiti yang di Jepun, Tapi kan aku tengok engkau orang yang berdakwah ini perlulah menonjol supaya lebih dikenali ramai. Bukan untuk tujuan populariti, tapi untuk memudahkan penyampaian mesej dakwah itu supaya lebih berkesan”.
“Aku ‘low profile’, aku malas la nak menonjol sangat”, aku berkata sedemikian.
“Engkau tak boleh camtu, Ok begini, ‘low profile’ ada dua. Pertama engkau ‘low profile’ tapi orang hormat dan satu lagi engkau ‘low profile’ tapi orang tak hormat. Masaalahnya sekarang ni engkau ‘low profile’ yang mana satu?”
Aku terdiam seketika memikirkan aku ‘low profile’ yang mana satu. Aku dan Allah sahajalah yang tahu aku ‘low profile’ yang mana satu.
“Cuba engkau tengok Rasuallah s.a.w., engkau rasa rasuallah ‘low profile’ atau tidak. Pada pendapat aku, Rasuallah s.a.w. tu lebih bersifat merendah diri tapi tegas dalam melaksanakan dakwah ketika era kejahilan di Mekah dulu.” Katanya dengan nada menasihati.
Katanya betul, dalam surah Al-Ahzab ayat ke 21
Demi sesungguhnya, adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan Yang baik, Iaitu bagi orang Yang sentiasa mengharapkan (keredaan) Allah dan (balasan baik) hari akhirat, serta ia pula menyebut dan mengingati Allah banyak-banyak (dalam masa susah dan senang)
Mungkin setelah banyak bahan bacaan yang aku baca aku lupa untuk merujuk semula kepada contoh terbaik kepada seluruh umat manusia ini. Kata-kata nasihat daripada dia telah menyedarkan aku yang tidak semestinya golongan orang yang ingin mengerjakan kebaikan ini harus menerima nasihat daripada orang yang baik-baik juga. Tapi sejauh mana pendakwah pada masa ini yang boleh ditegur terutama orang yang menegur itu bukan alim ulama. Sejauh mana orang yang sudah tua boleh menerima teguran orang yang lebih muda. Adakah teguran hanya boleh dibuat oleh alim ulama sahaja?.
Teringat saya kisah Khalifah Umar Abdul Aziz menangis apabila ditegur oleh seorang kanak-kanak. Hal ini menunjukkan keterbukaan Khalifah Umar untuk menerima teguran daripada sesiapa juga dan kita juga haruslah jangan cepat melatah jika kita ditegur dan teguran itu datang bukan daripada orang yang alim dan warak. Teguran juga boleh datang daripada kaum bukan Islam dan ingatlah yang kita ini bukanlah seorang yang sempurna. Teguran yang aku terima pada kali aku anggap teguran itu datang daripada Allah untuk mengingatkan aku yang telah lalai dan lupa untuk berbalik ke contoh terbaik yang telah Allah berikan kepada umat manusia.
In-Team
(Damba Kasih)
Semakin jauh ku dari-Mu
Semakin dekat pula Kau menghampiri daku
Oh, Tuhan Yang Maha Pengasih
Siapalah diriku di pandangan-Mu
Semakin cuba ku dekati
Semakin kuat pula Kau mendugai aku
Oh, Tuhan Yang Maha Sempurna
Kerdilnya diriku di hadapan-Mu
Setiap yang kita hadapi dalam hidup ini pasti ada pengajaran disebaliknya. Carilah pengajaran itu dan bersedialah menerima teguran walaupun teguran itu datang daripada orang yang kita tidak suka.
fareast
Khalifah Umar Abdul Aziz, idola Lim Guan Eng.