Showing posts with label Al-Quran dan Hadis. Show all posts
Showing posts with label Al-Quran dan Hadis. Show all posts

Category: By Sebuah Kisah Kita

Orang-orang Bertaqwa

Bukanlah kebaikan, bahawa kamu hadapkan mukamu arah ke timur dan ke barat, tetapi yang kebaikan itu ialah orang beriman kepada Allah, hari yang kemudian, malaikat, Kitab-kitab dan nabi-nabi, dan dia memberikan hartanya yang dikasihinya kepada kaum kerabatnya, anak-anak yatim, orang-orang miskin, orang bermusafir, orang-orang yang meminta dan untuk memerdekakan hamba sahaya, serta ia mendirikan solat, memberikan zakat, menepati janji, bila ia berjanji dan berhati sabar atas kemiskinan, kemelaratan dan ketika peperangan. Mereka itulah orang-orang yang benar dan mereka itulah orang-orang yang taqwa.

It is not righteousness that you turn your faces towards East or West; but it is righteousness- to believe in Allah and the Last Day, and the Angels, and the Book, and the Messengers; to spend of your substance, out of love for Him, for your kin, for orphans, for the needy, for the wayfarer, for those who ask, and for the ransom of slaves; to be steadfast in prayer, and give Zakat (regular charity); to fulfill the contracts which you have made; and to be firm and patient, in pain (or suffering) and adversity, and throughout all periods of panic. Such are the people of truth, the God fearing

(Al-Baqarah: 177)

正しく仕えるということは,あなたがたの顔を東または西に向けることではない。つまり正しく仕えるとは,アッラーと最後の(審判の)日,天使たち,諸啓典と預言者たちを信じ,かれを愛するためにその財産を,近親,孤児,貧者,旅路にある者や物乞いや奴隷の解放のために費やし,礼拝の務めを守り,定めの喜捨を行い,約束した時はその約束を果たし,また困苦と逆境と非常時に際しては,よく耐え忍ぶ者。これらこそ真実な者であり,またこれらこそ主を畏れる者である。

(雌牛章〔アル・バカラ〕:177)
 

Muhammad nabi terakhir

Category: By Sebuah Kisah Kita

Tanggal 20 Mac 2008 bersamaan 12 Rabiulawal 1429 merupakan satu tarikh keramat dalam sejarah umat islam di seluruh dunia. Kedatangan Nabi Muhammad merupakan satu rahmat terbesar dan anugerah teragung yang Allah berikan kepada alam semesta ini. Manusia pada saat itu berada dalam kekufuran, kegelapan syirik, tidak mengenal Rabb iaitu pencipta mereka, pada saat itu, penyembahan terhadap berhala-berhala suatu kehormatan, perzinaan suatu kebanggaan, mabuk dan berjudi adalah kejantanan, dan merompak serta membunuh adalah suatu keberanian. Di saat seperti ini rahmat ilahi memancar dari tanah Arab. Allah mengutus seorang Rasul yang ditunggu oleh alam semesta untuk menghentikan semua kerusakan ini dan membawanya kepada cahaya ilahi.

"Sungguh Allah telah memberi karunia kepada orang-orang yang beriman ketika Allah mengutus di antara mereka seorang rasul dari golongan mereka sendiri, yang membacakan kepada mereka ayat-ayat Allah, membersihkan (jiwa) mereka, dan mengajarkan kepada mereka Al Kitab, Al Hikmah. Dan sesungguhnya sebelum (kedatangan Nabi) itu, mereka adalah benar-benar dalam kesesatan yang nyata" ( Ali 'Imran: 164)

Sungguhpun begitu, kedatangan nabi Muhammad tidak hanya disebut dalam al-quran malah turut juga diceritakan di dalam kitab-kitab lainnya;

The Revised Version of The Bible, Deuteronomy ayat 2;

The lord come from Sinai, and rose up from seir unto them; he shined forth from Mount Paran , and he came from ten thousand of saints; from his right hand went a fiery law for them.

Jesus dan bani Israel tiada kene mengena dengan tempat bernama Paran dan tidak mempunyai jumlah pengikut seramai 10000 orang. Ia ada kaitan dengan Siti Hajar dan anaknya yang menetap di bumi Paran. Sebaliknya, Nabi Muhammad S.A.W lah yang memasuki kota Mekah bersama 10000 sahabatnya untuk membersihkan kota itu daripada berhala dan tuhan palsu.

Dalam menghadapi era global yang semakin mencabar ini, pemikiran umat islam pada zaman ini telah diasak dengan begitu hebat sekali dari segenap aspek. satu hakikat yang perlu kita akui, hari ini wujud arus yang begitu kuat melanda umat islam. Satu hakikat yang perlu kita akui wujud gelombang yang menenggelamkan fikiran kita kerana kealpaan kita, ini mungkin kerana kita terlena atau kita dibuai kemewahan dan kesenangan yang tidak menjanjikan apa-apa. Akibatnya lahirlah pelbagai ideologi dan falsafah. Pemikiran umat islam telah diracuni. Golongan remaja didedahkan dengan fahaman hedoneisme(sifat ingin berseronok-seronok), manakala golongan yang lebih bijak pula menjadikan fahaman pluralisme(percaya semua agama adalah sama) sebagai pegangan hidup. Semua ini menggugat ajaran islam yang ada pada umat islam kini. Malah kita diserang sehingga ke akar umbi bagaikan pelayar ditengah lautan yang diserang badai dari segenap arah.

Apa yang perlu dilakukan oleh umat islam pada masa kini adalah menjadikan Nabi Muhammad sebagai contoh teladan yang paling ideal sekali kerana;

Demi sesungguhnya, adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang baik, iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan (keredaan) Allah dan (balasan baik) hari akhirat, serta dia pula menyebut dan mengingati Allah banyak-banyak (dalam masa susah dan senang).
(al-ahzab 21).

Malah ketokohan Nabi Muhammad juga telah diakui sebagai antara manusia yang terbaik yang pernah dilahirkan dimuka bumi ini dalam buku The 100: A Ranking of the Most Influential Persons in History by Michael H. Hart.
Berikut adalah senarai 10 orang yang diakui sebagai antara yang berpengaruh dalam sejarah dunia hingga ke hari ini.


1 Mohammed
2 Isaac Newton
3 Jesus Christ
4 Buddha
5 Confucius
6 St. Paul
7 Ts'ai Lun
8 Johannes Gutenberg
9 Christopher Columbus
10 Albert Einstein

Ketokohan nabi Muhammad sebagai manusia teragung yang pernah dilahirkan di muka bumi ini memang tidak dapat disangkal lagi walaupun oleh orientalis-orientalis dari barat. Jika hendak dibandingkan dengan ajaran lain seperti Christiant, Buddha, mahupun Yahudi, Rasuallah (s.a.w) merupakan satu-satunya pengasas agama yang secara jelas sejarahnya diceritakan sejak baginda dilahirkan sehingga baginda wafat. Ketokohan Nabi Muhammad (s.a.w) dalam memimpin sebuah negara, menjadi seorang jeneral perang, menunjukkan contoh yang terbaik kepada umatnya bagaimana untuk menjadi seorang sahabat, ayah, suami, anak dan lain-lain menjadikan baginda sebagai manusia yang teragung yang pernah dilahirkan hingga ke hari ini. Oleh yang demikian wajarlah kita merenung kembali sirah Rasuallah (s.a.w) dan mengkaji sendiri tentang manusia teragung ini dan peranannya dalam pembangunan manusia sejagat. Pada kesempatan ini saya ingin mengingatkan anda semua beserta diri saya sendiri untuk menjadikan hanya Nabi Muhammad sebagai contoh ikutan yang terbaik sepanjang zaman.



 

Jika Ingin Bercinta

Category: By Sebuah Kisah Kita

Tundukkan pandanganmu dari perkara-perkara yang boleh menaikkan nafsu. Ataupun janganlah merenung kaum berlawanan jenis (an Nur:30-31)

“Dan (ingatlah) hari (ketika itu) orang yang zalim menggigit kedua tangannya seraya berkata “Aduhai kiranya dulu aku mengambil jalan bersama-sama Rasul. Kecelakaan besarlah bagiku. Kiranya aku dulu tidak menjadikan si fulan itu teman akrabku (kekasihku). Sesungguhnya dia telah menyesatkan aku al-Quran ketika al-Quran telah datang kepadaku. Dan adalah syaitan itu tidak mahu menolong manusia” (al-Furqan:27-29). Janganlah pula kita menyesal dikemudian hari kerana terlanjur mengambil seorang teman akrab yang dikatakan menyintai kita.

Berusahalah untuk melawan perasaan. Ingatlah firman Allah yang bermaksud: “Adapun orang-orang yang takut kepada kebesaran Tuhannya dan menahan diri dari keinginan nafsunya maka sesungguhnya syurgalah tempatnya” (an-Naziat:40-41).

“Janganlah engkau bersendirian dengan seorang wanita… Tidaklah bersendirian diri dengan seorang wanita kecuali ketiganya syaitan…” (HR Tabrani). “ Kedua tangan juga dapat berzina dan zinanya adalah menyentuh dan kedua kaki juga berzina dan zinanya adalah berjalan (menuju tempat maksiat) dan mulut juga berzina dan zinanya adalah ciuman” (HR. Muslim dan Abu Daud)