Muhammad nabi terakhir
Tanggal 20 Mac 2008 bersamaan 12 Rabiulawal 1429 merupakan satu tarikh keramat dalam sejarah umat islam di seluruh dunia. Kedatangan Nabi Muhammad merupakan satu rahmat terbesar dan anugerah teragung yang Allah berikan kepada alam semesta ini. Manusia pada saat itu berada dalam kekufuran, kegelapan syirik, tidak mengenal Rabb iaitu pencipta mereka, pada saat itu, penyembahan terhadap berhala-berhala suatu kehormatan, perzinaan suatu kebanggaan, mabuk dan berjudi adalah kejantanan, dan merompak serta membunuh adalah suatu keberanian. Di saat seperti ini rahmat ilahi memancar dari tanah Arab. Allah mengutus seorang Rasul yang ditunggu oleh alam semesta untuk menghentikan semua kerusakan ini dan membawanya kepada cahaya ilahi.
Sungguhpun begitu, kedatangan nabi Muhammad tidak hanya disebut dalam al-quran malah turut juga diceritakan di dalam kitab-kitab lainnya;
The Revised Version of The Bible, Deuteronomy ayat 2;
The lord come from Sinai, and rose up from seir unto them; he shined forth from Mount Paran , and he came from ten thousand of saints; from his right hand went a fiery law for them.
Jesus dan bani Israel tiada kene mengena dengan tempat bernama Paran dan tidak mempunyai jumlah pengikut seramai 10000 orang. Ia ada kaitan dengan Siti Hajar dan anaknya yang menetap di bumi Paran. Sebaliknya, Nabi Muhammad S.A.W lah yang memasuki kota Mekah bersama 10000 sahabatnya untuk membersihkan kota itu daripada berhala dan tuhan palsu.
Dalam menghadapi era global yang semakin mencabar ini, pemikiran umat islam pada zaman ini telah diasak dengan begitu hebat sekali dari segenap aspek. satu hakikat yang perlu kita akui, hari ini wujud arus yang begitu kuat melanda umat islam. Satu hakikat yang perlu kita akui wujud gelombang yang menenggelamkan fikiran kita kerana kealpaan kita, ini mungkin kerana kita terlena atau kita dibuai kemewahan dan kesenangan yang tidak menjanjikan apa-apa. Akibatnya lahirlah pelbagai ideologi dan falsafah. Pemikiran umat islam telah diracuni. Golongan remaja didedahkan dengan fahaman hedoneisme(sifat ingin berseronok-seronok), manakala golongan yang lebih bijak pula menjadikan fahaman pluralisme(percaya semua agama adalah sama) sebagai pegangan hidup. Semua ini menggugat ajaran islam yang ada pada umat islam kini. Malah kita diserang sehingga ke akar umbi bagaikan pelayar ditengah lautan yang diserang badai dari segenap arah.
Apa yang perlu dilakukan oleh umat islam pada masa kini adalah menjadikan Nabi Muhammad sebagai contoh teladan yang paling ideal sekali kerana;
(al-ahzab 21).
Berikut adalah senarai 10 orang yang diakui sebagai antara yang berpengaruh dalam sejarah dunia hingga ke hari ini.
1 Mohammed
2 Isaac Newton
3 Jesus Christ
4 Buddha
5 Confucius
6 St. Paul
7 Ts'ai Lun
8 Johannes Gutenberg
9 Christopher Columbus
10 Albert Einstein
Ketokohan nabi Muhammad sebagai manusia teragung yang pernah dilahirkan di muka bumi ini memang tidak dapat disangkal lagi walaupun oleh orientalis-orientalis dari barat. Jika hendak dibandingkan dengan ajaran lain seperti Christiant, Buddha, mahupun Yahudi, Rasuallah (s.a.w) merupakan satu-satunya pengasas agama yang secara jelas sejarahnya diceritakan sejak baginda dilahirkan sehingga baginda wafat. Ketokohan Nabi Muhammad (s.a.w) dalam memimpin sebuah negara, menjadi seorang jeneral perang, menunjukkan contoh yang terbaik kepada umatnya bagaimana untuk menjadi seorang sahabat, ayah, suami, anak dan lain-lain menjadikan baginda sebagai manusia yang teragung yang pernah dilahirkan hingga ke hari ini. Oleh yang demikian wajarlah kita merenung kembali sirah Rasuallah (s.a.w) dan mengkaji sendiri tentang manusia teragung ini dan peranannya dalam pembangunan manusia sejagat. Pada kesempatan ini saya ingin mengingatkan anda semua beserta diri saya sendiri untuk menjadikan hanya Nabi Muhammad sebagai contoh ikutan yang terbaik sepanjang zaman.