Showing posts with label PALESTIN. Show all posts
Showing posts with label PALESTIN. Show all posts

10/3600 Masa Anda Untuk Palestin

Category: By Sebuah Kisah Kita
SEDARKAH KITA. Saban hari, sedang kita gembira bergelak ketawa, Mereka menderita. SEDARKAH KITA.

Luangkanlah sedikit masa anda untuk "membaca" dan "menyelami" penderitaan mereka. Antaranya :

http://www.palestinkini.info
http://21-8.blogspot.com

Kemudian, muhasabah diri anda.
Apa perasaan anda?
Apa yang telah kita lakukan untuk mereka?
Bagaimana jika ianya berlaku kepada kita.
Jawapan apa boleh kita berikan kepadaNya sekiranya mereka menuntut Kelak?

Ringankan tangan hulurkan bantuan sekiranya ada PELUANG untuk membantu. Sumbangan boleh disalurkan melalui :
Akaun : Aman Palestin Berhad

Bank Islam Malaysia Berhad
No : 12029010047880

Maybank Malaysia Berhad
No : 562263010787

Pertanyaan :
Tel : 03-89267019
Fax : 03-89259963

Alamat :
No. 1, Jln 3/3B, Seksyen 3, 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor

Email : alaqsa3@streamyx.com
alquds3@streamyx.com


atau pun kepada agen-agen yang berhampiran.

"SEBELUM TERLAMBAT"

 

Fikirkan sejenak...

Category: By Sebuah Kisah Kita

Pada tahun 1947, PBB memutuskan untuk membahagi daerah mandat British, Palestin. Keputusan ini ditentang keras oleh negara-negara Timur Tengah dan banyak negara Muslim. Menurut PBB, kaum Yahudi mendapat 55% dari seluruh wilayah tanah meskipun hanya merupakan 30% dari seluruh penduduk di daerah ini. Manakala Baitulmuqaddis, bandar suci Yahudi, Muslim dan Kristian, akan dijadikan bandar antarabangsa.

Yahudi yang melarikan diri ke Amerika daripada Nazi Jerman telah dihantar ke Palestin pada tahun 1948. oleh Amerika secara besar-besaran. Kemudian, Israel mendapat kemerdekaan pada tanggal 14 Mei 1948. Namun keesokan harinya, Israel diserang oleh pakatan tentera Lubnan, Syria, Jordan, Mesir, Iraq dan negara Arab yang lain. Dalam peperangan ini, Israel berjaya mengalahkan tentera bersekutu Islam dan malah merampas lebih kurang 70% dari luas wilayah Palestin. Perang ini menghasilkan banyak kaum pelarian Palestin dari daerah Israel. Tetapi di sisi lain tidak kurang pula kaum Yahudi yang diusir dari negara-negara Arab.

Cuba fikirkan. Banyak persoalan yang timbul. Pada awal pembentukan Israel, ia ditentang hebat oleh pakatan negara-negara Arab, namun gagal. Mengapa ? Pada hari ini, adakah Israel masih lagi ditentang hebat seperti dahulu? Ke mana hilangnya pakatan negara-negara Arab? Mana fungsi Liga-liga Arab? Adakah kita masih perlu mengharapkan negara-negara Arab sepenuhnya dalam isu Palestin pada hari ini? Bagaimana usaha dunia Islam pada hari ini dalam menyekat pembentukan Israel Raya? Apa peranan kita?

Sama-samalah kita fikirkan jawapannya.