Showing posts with label Isu semasa dan Informasi. Show all posts
Showing posts with label Isu semasa dan Informasi. Show all posts

Ahh minyak naik...

Category: By Sebuah Kisah Kita

“Ah banyak perkara yang berlaku dalam 2 bulan ini, dengan kejadian-kejadian bencana alam di seluruh dunia. Taufan Nargis di Myanmar meragut puluhan ribu nyawa dan menjadi penyebab kenaikan harga beras di seluruh dunia. Malaysia juga turut terkesan akibat kenaikan harga beras yang melambung ini. Paling menyakitkan, kenaikan tanpa henti harga minyak global turut menjadi menjadi kesan kepada negara seperti Malaysia kerana dengan secara mengejut, harga minyak naik sebanyak RM0.78 melonjak daripada RM1.92 ke RM 2.70 seliter. Selepas ini apa pula yang akan terjadi kepada kita, apakah akan ada lagi krisis ekonomi seperti pada tahun 1997. Jika itu berlaku, sampai bila perkara-perkara yang membebankan ini akan terus berlaku. Sampai bila? Sampai bila?”

Cerita minyak ini mungkin akan menjadi perkara yang tidak ada kesudahan, namun sebagai mahasiswa apakah peranan terbaik untuk kita lakukan, adakah melalui demonstrasi jalanan?, ataupun penulisan di blog-blog seperti ini cukup untuk menjadi faktor penekan agar kerajaan mengubah pendirian mereka terhadap harga minyak. Mungkin kita mempunyai jawapan berbeza tetapi jangan bertindak melulu, fikir dahulu sebelum membuat sesuatu keputusan.

Kadang-kadang bila aku melihat diluar jendela, melihat alam semulajadi yang menghijau, lupa seketika segala masalah yang menyelubungi aku. Dengan gunung-ganang yang menghijau cukup untuk menjadikan aku tenang semula. Tetapi bila aku kembali membaca akhbar, muncul lagi ura-ura yang mengatakan harga tiket bas akan melambung naik, ahhh... sampai bila ni, sampai bila?, siapa yang patut dipersalahkan ini?.

Mujur juga aku seorang yang bertuah menerima biasiswa sebanyak RM350 sebulan dengan perbelanjaan lain sudah ditanggung. Bersyukur aku berbanding mahasiswa-mahasiswa lain yang terpaksa meminjam PTPTN yang dikatakan dan mereka terpaksa membayar balik pinjaman tersebut bersama 3% faedah.


Kenaikan minyak ternyata memberi kesan kepada semua lapisan masyarakat tanpa mengira usia, pangkat dan darjat. Yang paling terkesan tentulah golongan yang berpendapatan sederhana serta golongan yang berpendapatan rendah kerana kenaikan harga minyak pasti menghantui mereka. Golongan kelas atasan mungkin sekali akan berkata yang memang sudah tiba masanya harga minyak naik dan seharusnya kita tidak perlu bergantung kepada subsidi lagi. Tetapi lain pula dengan kanak-kanak, mereka terus berada dalam dunia mereka tanpa sedikit pun perasaan bimbang yang mungkin akan mereka lalui setelah mereka besar nanti. mereka akan terus berada dalam dunia maya Ultramen mereka, Naruto, dunia masak-masak dan kawin-kawin yang mereka lalui. Mereka terus dengan riang ria mereka dalam dunia mereka bergelak ketawa sambil menyanyi dalam dunia mereka. Dalam keadaan sekarang ini teringin juga aku menjadi kanak-kanak berseronok untuk menghilangkan keributan yang berlaku pada masa ini. "Ahh.. seronoknya bila aku jadi kanak-kanak". Walau seceria manapun kanak-kanak ini, ternyata ibu bapa merekalah yang semakin gelisah mengenai masa hadapan kanak-kanak ini yang semakin hari semakin mencabar terutama apabila berdepan dengan demokrasi global nanti. Persoalan adakah mereka boleh meneruskan kehidupan mereka disaat dunia yang semakin mencabar nanti masih menjadi persoalan dan hanya Allah yang tahu. Justeru ada juga ibu bapa yang sudah mula berbelanja lebih untuk memastikan kelangsungan pendidikan anak-anak mereka agar berjaya mengharungi dunia mereka nanti.


Pasti ada hikmah disebalik kenaikan minyak pada kali ini, apa yang tersurat dan tersirat haruslah kau dan aku kenalpasti. Tidak lain dan tidak bukan, cara untuk mengembalikan keributan sekarang ini hanyalah dengan kita kembali kepada Islam yang sebenar. "Islam is the way of life" ini bukan mudah untuk dilaksanakan bila terkenangkan keadaan sekarang yang menydihkan ini. Yang pasti demonstrasi tentang kenaikan minyak pasti akan berlaku dan telahpun berlaku semalam pada 14 Jun 2008 di Kuala Lumpur. Demonstrasi-demonstrasi seterusnya pasti akan terus berlaku dan sama ada apakah kita mampu mengubahnya terpulang kepada kepada keputusan kita. Tepuk dada tanya iman.



fareast
 

Jenayah Pukau

Category: By Sebuah Kisah Kita

Zaman sekarang berlaku banyak jenayah yang semakin menakutkan..malah,jenayah yang dilakukan amat licik dan professional sekali..so,saya rasa tertarik untuk memetik petikan akhbar utusan pada 5Mac dan berharap kita dapat berwaspada dengan keadaan sekeliling kita dan keluarga kita..insyallah semoga dapat manfaat bersama..

PUTRAJAYA-Polis menasihatkan orang ramai supaya berhati-hati apabila didatangi beberapa lelaki berketurunan Arab yang berpura-pura ingin menukar wang RM100.

Ketua Polis Daerah Putrajaya, Supritendan Abd. Razak Abd. Majid berkata, polis menerima beberapa aduan daripada mangsa yang mendakwa diri mereka seperti dipukau sehingga sanggup menyerahkan kesemua wang kepada lelaki-lelaki Arab tersebut.

''Modus operandi suspek ialah menunjukkan wang RM100 dan bertanya kepada mangsa sama ada mempunyai wang kecil untuk ditukar.

''Kebanyakan mangsa mengadu apabila tersedar kesemua wang mereka sudah hilang dan suspek juga menghilangkan diri," katanya di sini hari ini.

Menurutnya, kes tersebut dilaporkan berlaku di Dataran Putra dan kompleks beli-belah Alamanda di sini.

Abd. Razak memberitahu, kes seumpama ini turut dilaporkan berlaku di Kuala Lumpur dan orang ramai perlu berhati-hati bagi mengelakkan kerugian.

Rujukan-http://www.utusan.com.my/