Ada apa pada LAPAN?
Kita lihat apa yang ada pada angka 8?, sekarang ramai orang yang tertarik dengan angka 8 kerana apa?, kerana bawa ‘ong’ katanya. Apa yang lebih menarik lagi adalah pada tarikh 08/08/08. Sungguh menarik sekali tarikh ini kerana dipenuhi dengan angka 8. Apa yang terjadi pada tarkh ini ye? Untuk pengetahuan majlis pembukaan sukan Olimpik di Beijing telah berlangsung dengan gilang-gemilang pada tarikh ini. Pada pengamatan saya, Beijing berlangsung di China dan ramai diantara mereka yang berbangsa Cina percaya pada konsep ‘Feng Shui’. Mereka percaya yang angka 8 membawa tuah kepada mereka, justeru mereka memilih Olimpik diadakan pada tarikh tersebut mungkin untuk mendapatkan tuah agaknya..
Itu di Beijing, apa pula ceritanya di Malaysia? Tidak kurang juga pasangan yang berbangsa Cina melangsungkan perkahwinan mereka pada waktu tersebut. Tetapi bagaimana pula dengan pasangan yang berbangsa Melayu? Dan Islam lagi. Ramai juga kiranya yang menjadikan tarikh tersebut sebagai tarikh yang bersejarah terutama dalam permulaan berumahtangga. Pasangan yang beragama Islam turut melangsungkan pernikahan pada tarikh tersebut dan bagaimana kita nak sebut tentang ini ye?. Yang pasti semua bergantung pada niat.
Rasulullah SAW bersabda, mafhumnya: “Sesungguhnya setiap amal perbuatan itu adalah bermula dengan niat. Dan Sesungguhnya setiap manusia menerima (pahala amalnya) mengikut apa yang diniatkannya…”
Daripada pengamatan saya terhadap pasangan yang melangsungkan pernikahan pada tarikh tersebut, beberapa sebab kenapa tarikh tersebut dipilih adalah;
1) Oh tarikh yang cantik.
2) Senang nak ingat la tarikh tu!
3) Bawa ‘ong’ dan kebahagiaan dunia dan akhrat.
Setakat pengamatan saya, yang no.3 agak bertentangan dengan prinsip Islam yang saya pegang, tetapi yang saya tahu yang dan teramat pasti bukan no.8 yang member I kebahagiaan dan ketenangan dalam berumahtangga. Bukan no.8 juga yang boleh menjamin kebahagian dunia dan akhirat. Kalau nak tarikh apa pun boleh kerana kebahagian bukan pada tarikh tetapi pada nilaian ketakwaan pasangan yang berumah tangga dan persefahaman yang terbina diantara mereka yang berkahwin. Tarikh apa pun boleh kalau pasangan itu tahu tanggungjawab masing-masing dan bersedia menerima kelemahan dan kelebihan pihak yang satu lagi dan yang paling penting diredhai perkahwinan mereka. Insyaallah bahagia. Tidak salah juga memilih tarikh 08/08/08 kerana memang tarikh yang cantik dan mudah diingat.
Soalnya sekarang bukannya apa, tapi apa niat kita ketika memilih tarikh tersebut, nak ‘ong’ atau tarikh cantik atau tiada apa-apa pun. Sebab apa pilih 08/08/08 tepuk dada tanya Iman.
far_east00