Perginya Sebuah Ramadhan
Ia datang dan ia pergi, dan ia tidak akan kembali lagi, itulah dia Ramadhan untuk tahun 1429 hijrah. Walaubagaimanapun, ramadhan 1429 hijrah pasti tidak akan berulang dan rugilah bagi yang mensiakannya dan beruntunglah bagi yang memanfaatkannya. Dan disudut kecil hati ini tertanya-tanya, adakah masih ada lagi ramadhan untuk 1430 hijrah tahun depan. Kini genap 29 Ramadhan dan apakah masih ada lagi malam yang lebih baik daripada 1000 bulan itu? Mungkin telah terlambat tetapi masih ada lagi masa untuk di manfaatkan dengan banyak perkara. Semoga Ramadhan kali ini menjadi Ramadhan yang terbaik untuk kita dan menjadi pemangkin perubahan untuk menjadi insan yang kamil.
Sungguh indah sekali agama Islam ini, setiap hari kita bersolat 5 waktu sehari, setiap minggu ada pula solat jumaat yang jika dilihat sebagai satu platform untuk melahirkan ukhwah Islamiyah. Kemudian setiap tahun diwajibkan pula untuk umat Islam berpuasa sebagaimana dalam firmannya;
183. Wahai orang-orang Yang beriman! kamu Diwajibkan berpuasa sebagaimana Diwajibkan atas orang-orang Yang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertaqwa.
Puasa jika dilihat mempunyai banyak manfaat termasuk dalam bidang sains sendiri. Di dalamnya pula, pahala melakukan ibadat dilipatgandakan dan pahala melakukan amalan sunat sama dengan pahala melakukan amalan wajib. Ramadhan ini juga sesuailah untuk dinamakan ‘sharpen the saw’ sebagaimana yang diungkapkan oleh Stephen R. Covey dalam bukunya The 7 Habit of Highly Effective People. Setelah 11 bulan mengunyah makanan, perut juga telah menjalankan fungsinya tanpa rehat. Jika mesin juga perlukan penyelenggaraan, samalah juga dengan perut yang memerlukan rehat dan penyelenggaraannya sendiri. Justeru 1 bulan untuk penyelenggaraan adalah satu hikmah dalam sudut sains. Selain itu juga, pada bulan ini hendaklah penumpuan untuk aktiviti beribadat dilebihkan kerana amal kebaikan yang akan dilipatgandakan dan sebagai seorang muslim, kita hendaklah memanfaatkan Ramadhan ini dan menjadikan ia Ramadhan yang terbaik untuk tahun ini. Beribadat, mengharapkan keampunan dari Allah, juga mendekatkan diri kita kepadanya adalah agenda yang terpenting semasa Ramadhan.
Pada Ramadhan kali ini juga, saya ingin sekali melahirkan kekesalan dan ia berlaku hampir setiap tahun di Malaysia. Jika kita lihat pada awal Ramadhan masjid-masjid di Malaysia memang dipenuhi dengan manusia untuk bersolat terawih berjemaah. Tapi bila tiba di 10 malam yang terakhir Ramadhan yang jika diikutkan didalamnya terdapat malam yang lebih baik daripada 1000 bulan, jemaah di masjid-masjid dan di surau-surau semakin lengang dan kebanyakan mereka berada di rumah untuk persiapan menyambut hari raya yang tidak seberapa itu. Terbalik pula dengan pasarraya-pasaraya yang dipenuhi dengan manusia yang kebanyakannya bernama Muhd atau Siti dan keadaan ini sungguh menyedihkan. Apa yang terjadi kepada umat Islam di Malaysia ini? Apakah pengertian Ramadhan bagi mereka? Nescaya jika mereka tahu apa yang ada pada bulan Ramadhan, nescaya sepanjang-panjang tahun dia mahukan Ramadhan itu.
Marilah kita bersama menjadikan Ramadhan ini sebagai bulan yang penuh kemuliaan dan bulan pentarbiyahan untuk kita maju kehadapan dalam mempersiapkan diri menjadi muslim sejati yang dapat menyumbang kepada pembangunan ummah Islam.