Hamba Petunjuk

Category: By Sebuah Kisah Kita
Subuh. Aku membuka mata, terpegun sendirian. Kesunyian yang aneh menyelinap ke dalam jiwaku. Tenang, sunyi, dan aneh. Aku bangun mendirikan kewajipanku. Hatiku tenang selesai kewajipanku. Aku terpegun dalam kesunyian.
Aku mengambil pena dan mula mengerakkan tangan, berharap dapat meringankan beban akan datang. Seketikanya, aku kembali terpegun. Aneh. Terasa aneh sekali kehidupan ini. Terasa begitu cepatnya pergerakan masa selama 20 tahun ini. Dalam kehenigan, aku terkagum sendirian, dengan kehebatan badanku ini. Badan ini telah menahan pahit getir duniawi selama 20 tahun, tanpa berkarat atau rosak seperti mesin-mesin buatan manusia. Hebat. Sungguh hebat badan yang telah membesar selama 20 tahun ini, tanpa perlu dibaikpulih atau dinaik taraf, seperti mesin-mesin ciptaan manusia ini,tanpa perlu dinaiktarafkan seperti mesin-mesin ciptaan manusia.
Seketika, ketakutan melanda diriku. Sampai bilakah badan ini mampu bertahan menempuh cabaran dan malapetaka yang akan datang? Adakah hari ini, esok, ataupun 10 tahun lagi? Mengingatkan badan ini hanyalah sekadar pinjaman, aku ketakutan melihat segala dosa-dosa yang telah kulakukan dengan badan ini. Aku ketakutan sendirian.
Terperangkap dalam kesunyian, hatiku melonjak-lonjak untuk keluar dari perangkap ini. Aku melangkah ke dunia luar.
Melangkah ke dalam masyarakat, aku dikelilingi bunyi bising dan keriuhan masyarakat. Aku memandang sekeliling. Terasa diriku seperti berada di zaman batu, dikelilingi wanita yang tidak berpakaian dan bangunan-bangunan batu. Aku kembali kesunyian.
Aku memejamkan mataku, menenangkan diriku. Akhirnya keyakinan membara dalam hatiku.Aku yakin kerana aku sudah faham akan kurniaan jasadku ini. Aku yakin kerana aku sudah faham tujuan hidupku ini. Aku yakin kerana aku berada di laluan yang betul. Dan aku yakin, suatu hari, duinia ini akan berubah sebanyak 360 darjah.
Kerana Dia adalah Maha Petunjuk


Sign
 

Aku Terima Dari Dia

Category: By Sebuah Kisah Kita

Dalam kesibukan menempuh dugaan hidup sebagai hamba Allah, banyak yang perlu aku lalui untuk meneruskan perjalanan hidup ini. Untuk beberapa minggu lagi aku perlu untuk membuat beberapa keputusan yang mungkin besar mempengaruhi kehidupan aku yang akan datang.

TWO roads diverged in a yellow wood,
And sorry I could not travel both,
(the road not taken, robert frost)

Membuat keputusan yang besar terutama untuk kejayaan pada masa akan datang memang merupakan cabaran yang bukan mudah untuk dilakukan. Yang mana satu pilihan yang lebih baik biarlah Allah sahaja yang menentukan apa yang terbaik untuk hambanya ini. Solat ishtiharah memang merupakan ikhtiar yang paling baik dan disamping melakukan solat itu, ikhtiar lain perlulah disertai juga. Perbanyakkan pengetahuan tentang bidang yang akan dipilih, pelengkapkan ilmu untuk masuk ke ‘universiti entrance examination’. Faktor rakan juga perlu diambil kira terutama untuk ke universiti di Jepun kerana tanpa rakan yang boleh membimbing ke arah kebenaran, mudah sahaja kita hanyut dalam arus kesosialan yang ada di Jepun.

Sedang berbual, banyak topik yang dibicarakan, antaranya permasalahan yang berlaku diantara masing-masing. Sedang rancak perbualan berlangsung, tiba-tiba dia bertanya “ Alhamdulillah aku tengok engkau masih boleh membahagikan masa semasa orang lain sibuk untuk persediaan ke universiti yang di Jepun, Tapi kan aku tengok engkau orang yang berdakwah ini perlulah menonjol supaya lebih dikenali ramai. Bukan untuk tujuan populariti, tapi untuk memudahkan penyampaian mesej dakwah itu supaya lebih berkesan”.

“Aku ‘low profile’, aku malas la nak menonjol sangat”, aku berkata sedemikian.

“Engkau tak boleh camtu, Ok begini, ‘low profile’ ada dua. Pertama engkau ‘low profile’ tapi orang hormat dan satu lagi engkau ‘low profile’ tapi orang tak hormat. Masaalahnya sekarang ni engkau ‘low profile’ yang mana satu?”

Aku terdiam seketika memikirkan aku ‘low profile’ yang mana satu. Aku dan Allah sahajalah yang tahu aku ‘low profile’ yang mana satu.

“Cuba engkau tengok Rasuallah s.a.w., engkau rasa rasuallah ‘low profile’ atau tidak. Pada pendapat aku, Rasuallah s.a.w. tu lebih bersifat merendah diri tapi tegas dalam melaksanakan dakwah ketika era kejahilan di Mekah dulu.” Katanya dengan nada menasihati.

Katanya betul, dalam surah Al-Ahzab ayat ke 21

Demi sesungguhnya, adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan Yang baik, Iaitu bagi orang Yang sentiasa mengharapkan (keredaan) Allah dan (balasan baik) hari akhirat, serta ia pula menyebut dan mengingati Allah banyak-banyak (dalam masa susah dan senang)

Mungkin setelah banyak bahan bacaan yang aku baca aku lupa untuk merujuk semula kepada contoh terbaik kepada seluruh umat manusia ini. Kata-kata nasihat daripada dia telah menyedarkan aku yang tidak semestinya golongan orang yang ingin mengerjakan kebaikan ini harus menerima nasihat daripada orang yang baik-baik juga. Tapi sejauh mana pendakwah pada masa ini yang boleh ditegur terutama orang yang menegur itu bukan alim ulama. Sejauh mana orang yang sudah tua boleh menerima teguran orang yang lebih muda. Adakah teguran hanya boleh dibuat oleh alim ulama sahaja?.

Teringat saya kisah Khalifah Umar Abdul Aziz menangis apabila ditegur oleh seorang kanak-kanak. Hal ini menunjukkan keterbukaan Khalifah Umar untuk menerima teguran daripada sesiapa juga dan kita juga haruslah jangan cepat melatah jika kita ditegur dan teguran itu datang bukan daripada orang yang alim dan warak. Teguran juga boleh datang daripada kaum bukan Islam dan ingatlah yang kita ini bukanlah seorang yang sempurna. Teguran yang aku terima pada kali aku anggap teguran itu datang daripada Allah untuk mengingatkan aku yang telah lalai dan lupa untuk berbalik ke contoh terbaik yang telah Allah berikan kepada umat manusia.

In-Team
(Damba Kasih)

Semakin jauh ku dari-Mu
Semakin dekat pula Kau menghampiri daku
Oh, Tuhan Yang Maha Pengasih
Siapalah diriku di pandangan-Mu

Semakin cuba ku dekati
Semakin kuat pula Kau mendugai aku
Oh, Tuhan Yang Maha Sempurna
Kerdilnya diriku di hadapan-Mu

Setiap yang kita hadapi dalam hidup ini pasti ada pengajaran disebaliknya. Carilah pengajaran itu dan bersedialah menerima teguran walaupun teguran itu datang daripada orang yang kita tidak suka.

fareast

 

10/3600 Masa Anda Untuk Palestin

Category: By Sebuah Kisah Kita
SEDARKAH KITA. Saban hari, sedang kita gembira bergelak ketawa, Mereka menderita. SEDARKAH KITA.

Luangkanlah sedikit masa anda untuk "membaca" dan "menyelami" penderitaan mereka. Antaranya :

http://www.palestinkini.info
http://21-8.blogspot.com

Kemudian, muhasabah diri anda.
Apa perasaan anda?
Apa yang telah kita lakukan untuk mereka?
Bagaimana jika ianya berlaku kepada kita.
Jawapan apa boleh kita berikan kepadaNya sekiranya mereka menuntut Kelak?

Ringankan tangan hulurkan bantuan sekiranya ada PELUANG untuk membantu. Sumbangan boleh disalurkan melalui :
Akaun : Aman Palestin Berhad

Bank Islam Malaysia Berhad
No : 12029010047880

Maybank Malaysia Berhad
No : 562263010787

Pertanyaan :
Tel : 03-89267019
Fax : 03-89259963

Alamat :
No. 1, Jln 3/3B, Seksyen 3, 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor

Email : alaqsa3@streamyx.com
alquds3@streamyx.com


atau pun kepada agen-agen yang berhampiran.

"SEBELUM TERLAMBAT"

 

KEBUSUKAN DUNIA

By Sebuah Kisah Kita
Kita sering ditekan agar terus maju kehadapan dalam setiap bidang yang diceburi. Keghairahan mengejar pengiktirafan dan sanjungan dunia, menjadi perkara dan matlamat penting dalam kehidupan. Artis-artis dan para atlet yang mengharumkan nama negara diberi penghormatan tanpa mengambil kira batasan dan larangan dalam Islam. Hal ini menjadi pendorong kepada setiap orang untuk terus maju mengejar kejayaan yang terhina. Namun,adakah kita sedar bahawa dunia adalah pengkhianat dan penipu belaka. Lihatlah sendiri keruntuhan akhlak dan kehidupan yang tidak bertamadun yang berlaku sekarang. Menyedihkan!

Hasan al-BAsri pernah mengirim surat kepada Umar bin Abdul Aziz:

“Sesungguhnya dunia ini adalah sebuah rumah yang busuk. Sesungguhnya bikanlah rumah tempat berteduh. Adam diturunkan ke sini sebagi seksaan. Takutlah padanya wahai Amirul Mukminin. Bekalan untuk akhirat adalah dengan meninggalkannya. Kaya harta bererti fakir kepadanya. Setiap waktu ia membunuh. Menghina orang yang memuliakannya. Membuat fakir orang yang mengumpulkannya. Ia racun yang diteguk oleh orang yang tidak mengetahuinya, hingga ia mati olehnya. Hendaklah di situ engkau sebagai orang yang hendak mengubati lukanya. Menahan sedikit kepanasan takut bencana itu berpanjangan. Sabar atas pahitnya ubat, keran a tidak ingin sakit berlama-lama.
Waspadalah,inilah tempat penghianat yang dengan pintarnya menipu, memfitnah dan memasang jerat. Mencumbu pelamarnya bagai pengantin saja. Membuat mata memandang, hati melayang dan jiwa pun rindu padanya. Ia mengkhianat semua suaminya yang dulu da tidak setia pula dengan suaminya yang kini. Ketika orang arif mengetahui hal nya pasti akan menjauhinya. Adapun orang yang merindukannya pasti akan mabuk kepayang dan lupa daratan. IA asyik bercumbu dengannya hingga langkahnya terhenti dan penyesalannya amat mendalam, menunggu datangnya ajal, sakitnya sakaratul maut dan di dalam kerugian. Dia tidak menemukan apa yang dicari, tidak mengerti akan kelelahan. Dia meninggal tanpa bekalan. Takutilah ia wahai Amirul Mukminin! Ambillah secukupnya! Takutlah menjadi hambanya. Pemilik dunia ketika mengharapkan kebahagian, tetapi mendapat kesedihan. Ancamannya adalah gertakan saja. Janji hanyalah palsu sahaja. Akhir kemakmurannya adalah bencana dan kekalannya menuju kepada fana. Kebahagiaannya adalah perangkap kedukaan di mana orang tidak boleh maju atau mundur. Lalu ia melihat janjinya itu bohong, angan-angannya itu kosong, kebersihannya kotor dan kehidupannya menyusahkan!”

Sama-samalah kita kembali kepada addin tercinta dan cara hidup yang diredhai. Semoga kita tidak lalai dan tergoda dengan tipu daya dunia. Insyaallah…



al-afrad muslimah
 

Keajaiban Nombor Dalam Al-Quran

Category: By Sebuah Kisah Kita
Satu kajian daripada Dr. Tariq Al Suwaidan dan terbitan bukunya "The Series Of The Scientific Miracles In Quran" memperlihatkan kepada kita satu jujukan nombor di dalam Al-Quran yang perlu kita ketahui. Jujukan ini bukanlah satu kebetulan bahkan mukjizat Allah kepada rasul-Nya Muhammad SAW.

Berikut adalah bilangan tentang perkara yang disebutkan di dalam Al- Quran:

-DUNIA -115 kali
AKHIRAT - 115 kali

-MALAIKAT- 88 kali
SYAITAN - 88 kali

-HIDUP - 145 kali
MATI - 145 kali

-FAEDAH - 50 kali
KERUGIAN - 50 kali

-UMMAH - 50 kali
PENYAMPAI - 50 kali

-IBLIS:PENGHULU SYAITAN - 11 kali
MOHON PERLINDUNGAN DARIPADA IBLIS - 11 kali

-BALA/MUSIBAH - 75 kali
BERSYUKUR - 75 kali

-BRSEDEKAH - 73 kali
BERPUAS HATI - 73 kali

-ORANG YANG SESAT - 17 kali
ORANG YANG MENINGGAL DUNIA - 17 kali

-MUSLIMIN -41 kali
JIHAD - 41 kali

-EMAS - 8 kali
KEMURAHAN HIDUP - 8 kali

-KEAJAIBAN - 60 kali
FITNAH - 60 kali

-ZAKAT - 32 kali
BERKAT - 32 kali

-MINDA - 49 kali
NUR - 49 kali

-LIDAH - 25 kali
SUMPAH - 25 kali

-NAFSU - 8 kali
KETAKUTAN - 8 kali

-BERCAKPA DIKHALAYAK RAMAI - 18 kali
BERDAKWAH - 18 kali

-KESUSAHAN - 114 kali
KESABARAN - 114 kali

-MUHAMMAD -4 kali
SYARIAT - 4 kali

-LELAKI - 24 kali
PEREMPUAN - 24 kali

-SOLAT - 5 kali

-BULAN - 12 kali
HARI - 365 kali

- LAUT - 32 kali
DARATAN - 13 kali
  • LAUT dan DARATAN =32 + 13 =45 Peratusan laut= 32/45 x 100= 71.1111111 peratus, peratusan darat = 13/45 x 100 = 28.88888889

Kajian sains oleh manusia telah membuktikan bahawa air meliputi 71.111 peratus daripada bumi dan tanah meliputi 28.889 peratus. Begitulah kebesaran dan keagungan ciptaan ALLAH SWT!

dipetik daripada PETANDA KEAGUNGAN( susunan,Nazri Bin Zakaria)

 

Lagu ini mengingatkan aku…

Category: By Sebuah Kisah Kita


Irama-irama lagu yang berbentuk dakwah telah mengalami perubahan dan tidak terhad kepada lagu-lagu nasyid sahaja. Alhamdulillah sekarang ini banyak juga irama-irama muzik yang mempunyai mesej menarik yang cuba diketengahkan. Ada orang yang mengambil ukuran berjubah dan berkopiah sahaja diterima terutama dalam membawa lagu-lagu yang berbentuk dakwah iaitu dalam menyedarkan masyarakat yang lalai. Mungkin masyarakat perlukan anjakan paradigma terutama tidak menjadikan imej penampilan suatu kumpulan yang cuba membawa lagu berunsur dakwah sebagai ukuran. Bagi saya asalkan batas-batas aurat di jaga, irama dan mesej yang cuba disampaikan itu menerusi sebuah lagu itu perlu lebih ditekankan daripada kita melihat hanya daripada aspek pakaian sahaja. Video berikut adalah salah satu kumpulan lagu yang telah menyentuh hati saya dan mengubah pandangan saya terhadap lagu-lagu yang berbentuk dakwah.

Andai ku tahu….
Kapan tiba ajalku…
Ku akan memohon tuhan tolong panjangkan umurku…

Andai ku tahu…
Kapan tiba masaku…
Ku akan memohon tuhan jangan kau ambil nyawaku…
Aku takut akan semua dosa dosaku…
Aku takut dosa yg terus membayangiku…

Andai ku tahu…
Malaikatmu kan menjemputku…
Izinkan aku mengucap kata taubat padamu…
Aku takut akan semua dosa dosaku…
Aku takut dosa yg terus membayangiku…

Ampuni aku dari segala dosa dosaku…
Ampuni aku menangis ku bertaubat padamu…
Aku manusia yang takut neraka…
Namun aku juga tak pantas disurga…

Andai ku tahu….
Kapan tiba ajalku…
Izinkan aku mengucap kata taubat padamu…
Aku takut akan semua dosa dosaku…
Aku takut dosa yg terus membayangiku…
Ampuni aku dari segala dosa dosaku…
Ampuni aku menangis ku bertaubat padamu…

Menerusi lagu ini, sedikit sebanyak menginsafkan diri saya dan mengingatkan diri ini yang ajal maut ditangan tuhan . Ampuni aku dari segala dosa dosaku Ampuni aku menangis ku bertaubat padamu…

Ya Allah ampunkanlah diri ini yang telah melakukan banyak dosa kepadamu, terimalah taubatku dan ampunkan segala dosa-dosaku Ya Allah.. Amin.


pendekar7
 

Emotional Bank Account

By Sebuah Kisah Kita



Kita semua telah lama didedahkan dengan “financial bank account” (akaun simpanan) sejak kita masih kanak-kanak lagi. Melaluinya kita boleh mengeluarkan wang tunai (withdraw) ataupun kita mula menyimpan wang (deposit). Emotional Bank Account merupakan satu metafora yang melambangkan tahap kepercayaan yang terbentuk dalam sesuatu perhubungan.

Jika saya melakukan deposit ke dalam “emotional bank account” melalui kebaikan, kepercayaan, menepati janji, kepercayaan anda terhadapa saya akan bertambah. Jika saya melakukan kesalahan, disebabkan oleh high trust dan tingginya nilai emotional bank account, Ia dengan sendirinya akan memaafkan kesalahan kita oleh kerana nilai emotional bank account yang tinggi yang kita laburkan terhadap dia. Jika kesalahan yang kita lakukan itu kecil maka kecillah withdraw yang kita lakukan terhadap emotional bank account. Jika kesalahan itu membabitkan teknik-teknik seperti memanipulasi, menipu, tidak menepati janji maka besarlah withdraw yang kita lakukan. Tetapi, jika kita mempunyai pelaburan yang tinggi dalam akaun emosi seseorang, akan wujud sikap saling faham memahami dan melalui akaun emosi itu, komunikasi yang tidak berapa jelas pun jika ia datang daripada seseorang yang telah melaburkan pelaburan yang tinggi dalam emotional bank account, kita akan faham apakah yang cuba disampaikan.Apabila tahap kepercayaan itu amat tinggi, komunikasi akan menjadi lebih mudah dan effektif.

Dalam akaun simpanan kita sering lihat terjadinya overdrawn. Begitu juga dengan emotional bank account yang juga boleh terjadinya overdrawn. Overdrawn ini terjadi apabila teknik-teknik memanipulasi, tidak jujur, menipu, menyakitkan hati dan lain-lain lagi terus digunakan didalam sesuatu perhubungan.

Yang pasti tiada jalan pintas untuk memperbaiki perhubungan yang telah emotional bank accountnya telah overdrawn. Dengan terus menerus melakukan deposit merupakan langkah terbaik dalam memperbaiki perhubungan yang telah rosak.

Dalam contoh yang lebih mudah seperti dalam organisasi yang kecil seperti usrah, perlunya untuk ketua bagi setiap anggota usrah melakukan deposit bagi setiap ahli usrah dibawahnya. Sering mereka tertanya sendiri mengapa susah sangat mereka untuk hadir dalam majlis ini, kenapa mereka susah sangat untuk menerima nasihat daripada ketua mereka, seringkali juga kita menyalahkan ahli-ahli usrah kerana tidak memberi komitmen dalam menghadirkan diri ke program yang menjurus ke arah kebaikan ini. Bagaimana jika jawapannya adalah ketua usrah itu tidak melakukan pelaburan yang tinggi dalam emotional bank account ahli-ahli usrahnya. Jika itu jawapannya, maka tidak hairanlah ahli-ahli usrah sukar untuk menghadirkan diri dan perbuatan menuding jari ke arah orang lain bukan merupakan jalan penyelesaian.

Artikel ini diambil daripada buku The 7 Habit Of Highly Effective People, dan tidak salah jika saya berkata yang emotional bank account ini merupakan salah satu sunatullah dalam perhubungan sesama manusia.

Dari timur jauh aku datang, kalau salah tolong tunjukkan.. far_east00