mama sayang adik

Category: By Sebuah Kisah Kita
23 Januari 1994
Umurku 6 tahun..
Aku pulang dari tadika dan terus menunjukkan lukisan yang aku lukis pada mama..
“Mama..adik lukis ni dalam kelas tadi..adik lukis gambar mama tengah dukung adik”kataku sambil menarik2 tangan mama
Mama yang sedang sibuk memasak menoleh seketika melayan kerenahku ini
“Cantiknya lukisan adik”mama memuji lukisanku yang tidak seberapa itu lalu menyambung tugas memasak
“Ala..cantik jer ke? Tak ade special kiss dari mama ke?”bentakku didalam hati
Aku yang memang terkenal dengan sifat manjaku sentiasa inginkan perhatian daripada mama..biasala anak tunggal katakan..hihi..
Secara tak sengaja aku teringatkan kawan-kawan yang gelakkan lukisanku tadi
“Tapi..tadi kawan-kawan gelakkan adik”kataku inginkan perhatian mama sekali lagi
Mama kelihatan tersentak lalu segera memandangku..terbantut aktiviti memasak..jahatnya aku..hehe
“Kenapa diorang gelak kat adik?”mama mengerutkan dahi tanda kehairanan
“Diorang kata muka mama letak kaler putih,muka adik kena letak kaler gelap sebab kulit adik tak putih macam mama”
Ku lihat mama terdiam seketika
Mama memandang tepat mataku sambil tersenyum
“Adik..kulit adik gelap pun,adik tetap anak mama..mama sayang adik”
Mama memelukku sambil memberikan kucupan mesra dipipiku yang makin menebal ini..kehangatan kucupan dan pelukan dari mama membuatkan aku terasa nyaman sekali..

3 April 1996
Mama datang menjemputku pulang dari sekolah..mama tak ada kereta..tapi dia sanggup berjalan kaki semata-mata untuk menjemputku pulang..jangan jeles..hihi
Aku berlari-lari mendapatkan mama
“Mama,kenapa kulit mama cerah?”
Langkah mama terhenti seketika..namun kulihat mama tetap mengukirkan senyuman manis dibibirnya
“Kenapa adik tanya soalan macam ni?”
“Sebab adik tengok kawan adik yang kulit putih-putih,mama diorang pun putih jugak, tapi kulit adik tak putih..adik nak jadi putih..nak jadi sama macam mama!”jawabku penuh semangat
Mama masih lagi tersenyum..senyuman mama tenang..amat menenangkan setiap jiwa yang melihatnya..
“Adik..kulit adik gelap pun,adik tetap anak mama..”
Jawapan yang sama diberikan oleh mama kepadaku..
“Mama sayangkan adik”mama menyambung lagi kata-katanya lalu memeluk dan memberikan special kiss dipipiku..
“Sayang betol mama kat aku..mesti orang lain jeles kalau tengok..hihi”hati kecilku berbisik riang


17 Jun 1998
Aku di darjah 4..masih lagi aku ingat ketika pulang dari sekolah..aku menangis teresak-esak..tangisanku bertambah kuat setelah melihat mama yang setia menungguku dimuka pintu rumah
“Kenapa adik menangis ni?Orang laki mana bole nangis-nangis”mama memujukku
“Kawan-kawan ejek adik,diorang kata adik bukan anak mama”
“Kenape diorang cakap camtu?”mama kehairanan
“Sebab kulit adik gelap tapi kulit mama cerah”
Mama tersenyum..lalu mendakap erat tubuhku
“Adik..kulit adik gelap pun,adik tetap anak mama..”
“Adik tahu..”aku mencelah kata-kata mama
Aku mengesatkan air mataku..
“Adik tahu..mama sayangkan adik kan?”kataku sambil menghadiahkan senyuman buat mama
“Ya..mama sayang adik”
Mama mengulangi kata-kata yang tidak penah jemu aku dengarnya..namun kali ini aku lihat mama mengalirkan air mata sewaktu mengungkapkannya..hari ini jugalah dapatku rasakan kehangatan air mata mama..
“Kenape mama menangis”aku menyoal
“Mata mama masuk habuk jer”
Jawapan yang biasa didengari untuk menafikan bahawa mama sedang menangis..tapi aku masih kecil sewaktu itu..aku hanya mengiakan kata-kata mama walaupun jauh disudut hatiku,aku dapat rasakan itulah tangisan sebenar mama..

28 April 2008
Aku duduk seorang diri..memikirkan sesuatu
Ape yang aku fikirkan??
Yaa..sebenarnya..aku memikirkan bagaimana untuk menghabiskan cerpen aku nih..hehe
Dah kering idea aku..tak larat nak fikir dah
Korang fikir la ending mengikut kreativiti korang sendri
Yang penting moral dari cerpen aku nih
Pe yang aku nak sampaikan dalam cerpen ni hanyalah untuk mengingatkan korang tentang kasih sayang ibu yang tidak berbelah bahagi..
Allah ‘meminjam’kan sebahagian kecil daripada sifatNya yang mulia kepada seorang insan yang digelar ibu..agar kite merasakan betapa besarnya sifat tuhan sekelian alam
Saat kite perlukan perhatian,ibu mencurahkan kasihnya yang suci..itulah secebis percikan sifat Ar-rahim(maha penyayang)..
Saat kite melakukan kesalahan,mudah bagi ibu memaafkannya..itulah secebis percikan sifat Al-ghafur(maha pengampun)..
Saat kite meminta,ibu sanggup memberi walaupun dirinya tidak dihargai..itulah secebis percikan sifat Al-wahhab(maha memberi)..
Walaupun anaknya tak secantik bidadari..
Walaupun anaknya tak seputih kasturi..
Walaupun anaknya kurang sana sini..
Kasihnya ibu tidak bertepi..
 

What Happen to Our World Now?

By Sebuah Kisah Kita

If u ever think about our world condition NOW?
Don't u think that our world is sick right NOW?
Do u realized how many crimes that happen around you?
Do u ever think that human now are crueler than any living creature in this world?



Photobucket



If u ever think like that, stand up!

Make the REVOLUTION!!
Make the HISTORY!!
Or u become HISTORY!!




Sign
 

Hairan Silap Sendiri

Category: By Sebuah Kisah Kita
Hampir setiap kali waktu solat, kita akan berdoa dengan pelbagai permintaan.Bagi sesetengah orang Islam yang kurang memahami kekuatan sebenar orang Islam ini (doa), mereka seringkali berasa hairan akan mengapa doa-doa orang islam tidak dipenuhi Allah. Bagi sesetengah yang lain pula,mereka berasa doa mereka sangat sukar sekali untuk dimakbulkan walaupun pelbagai ibadah wajib dan sunat telah dilaksanakan.

Bagi menjelaskan perkara ini, ingin saya bawakan firman Allah S.W.T di dalam surah Al-Mukminun, ayat 51 yang bermaksud

"Hai Rasul-rasul,makanlah dari makanan yang baik-baik, dan kerjakanlah amal yang soleh,(kerana)sesungguhnya Aku Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan "

Seterusnya Allah juga berfirman dalam Surah Al-Baqarah, ayat 172 yang bermaksud

"Hai orang-orang beriman,makanlah diantara rezeki yang baik-baik yang kami berikan kepadamu"

Pernah sekali Rasulullah menyebut tentang seorang musafir yang berambut kusut masai dan berdebu, sambil tangannya menadah ke langit lalu berdoa "Ya Allah!Ya Allah! ". Akan tetapi malangnya apabila makanan, minuman dan pakaiannya adalah daripada sumber yang haram. Lantaran itu Allah tidak menerima dan menyahut doanya walaupun pada zahirnya dia layak menerima pertolongan.

Secara ringkasnya, tiada gunanya kita berdoa setiap hari siang dan malam, jika pada masa yang sama kita terus menerus memakan benda-benda haram. Memang tidak dapat dinafikan bahawa memang sukar bagi kita untuk menjauhkan diri daripada terambil ataupun termakan benda-benda haram ini, namun kita harus sedar bahawa Allah Maha memberi rezeki pada setiap makhlukNya. Jadi biarlahlah kita terlepas sesuatu yang bukan untuk kita (sesuatu yang tidak bermanfaat) daripada kita menganggung kerugian akibat doa yang tidak dimakbulkan.

Oleh itu,sama-samalah kita mengambil sedikit masa bagi memuhasabah kembali diri masing-masing.Wallahualam.
 

Hidup,Tujuan ,Manusia

Category: By Sebuah Kisah Kita

Apakah tujuan kita diciptakan didunia ini?

Adakah untuk berseronok melayan hawa nafsu semata-mata? Atau adakah untuk melihat-lihat keindahan ciptaan Allah semata-mata?

Jawapannya sudah tersemat dihati setiap individu muslim yang beriman kepada Allah.

nature

Hidup manusia adalah amat singkat .Usrah(perjumpaan sekumpulan individu muslim untuk menunaikan fikrah sebagai seorang muslim) boleh diibaratkan sebagai tempat untuk manusia berehat seketika.

“Kewajipan kita lebih banyak daripada masa” (Hassan Al-Banna)

Kita sangat sibuk didunia. Akan tetapi, untuk apa kesibukan semua itu?

Usrah menyedarkan kita apakah mekna kehidupan, apakah erti kesibukan, dan apa yang kita kejar-kejarkan di dalam kehidupan kita ini.

Kita sering menginginkan kesempurnaan, seperti yang selalu diwar-warkan oleh media-media cetak dan elektronik, “Hidup tidak sempurna tanpamu”, “Sempurnakan Harimu” dan lain-lain lagi.

Perfect nescafe

Akan tetapi, adakah kita faham apa yang dimaksudkan dengan perkataan sempurna itu sendiri?

Maksud sempurna ialah “memenuhi tujuan kewujudan”.

Contoh mudahnya ialah bahan yang sempurna dan berkualiti ialah bahan yang memenuhi tujuan kewujudannya kepada pemiliknya.

Sama juga seperti manusia. Manusia yang berkualiti ialah manusia yang dapat memenuhi tujuan kewujudannya.

human?

“Tidak Allah jadikan manusia untuk beribadah”

“Jadi, jadilah kita seorang mukmin yang tahu apa tujuan kita diciptakan di dunia ini. Tanpa tujuan hidup, darjat manusia adalah sama atau kurang daripada binatang di hutan belantara.”


Sign