Hairan Silap Sendiri
Hampir setiap kali waktu solat, kita akan berdoa dengan pelbagai permintaan.Bagi sesetengah orang Islam yang kurang memahami kekuatan sebenar orang Islam ini (doa), mereka seringkali berasa hairan akan mengapa doa-doa orang islam tidak dipenuhi Allah. Bagi sesetengah yang lain pula,mereka berasa doa mereka sangat sukar sekali untuk dimakbulkan walaupun pelbagai ibadah wajib dan sunat telah dilaksanakan.
Bagi menjelaskan perkara ini, ingin saya bawakan firman Allah S.W.T di dalam surah Al-Mukminun, ayat 51 yang bermaksud
"Hai Rasul-rasul,makanlah dari makanan yang baik-baik, dan kerjakanlah amal yang soleh,(kerana)sesungguhnya Aku Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan "
Seterusnya Allah juga berfirman dalam Surah Al-Baqarah, ayat 172 yang bermaksud
"Hai orang-orang beriman,makanlah diantara rezeki yang baik-baik yang kami berikan kepadamu"
Pernah sekali Rasulullah menyebut tentang seorang musafir yang berambut kusut masai dan berdebu, sambil tangannya menadah ke langit lalu berdoa "Ya Allah!Ya Allah! ". Akan tetapi malangnya apabila makanan, minuman dan pakaiannya adalah daripada sumber yang haram. Lantaran itu Allah tidak menerima dan menyahut doanya walaupun pada zahirnya dia layak menerima pertolongan.
Secara ringkasnya, tiada gunanya kita berdoa setiap hari siang dan malam, jika pada masa yang sama kita terus menerus memakan benda-benda haram. Memang tidak dapat dinafikan bahawa memang sukar bagi kita untuk menjauhkan diri daripada terambil ataupun termakan benda-benda haram ini, namun kita harus sedar bahawa Allah Maha memberi rezeki pada setiap makhlukNya. Jadi biarlahlah kita terlepas sesuatu yang bukan untuk kita (sesuatu yang tidak bermanfaat) daripada kita menganggung kerugian akibat doa yang tidak dimakbulkan.
Oleh itu,sama-samalah kita mengambil sedikit masa bagi memuhasabah kembali diri masing-masing.Wallahualam.